Connect with us

Antarabangsa

Israel bunuh 42 kanak-kanak Palestin – PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa tentera Israel membunuh 42 kanak-kanak Palestin pada 2022, kebanyakannya ditembak menggunakan peluru hidup, agensi berita Jerman memetik laporan dalaman pada Khamis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel bunuh 42 kanak-kanak Palestin – PBB
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa tentera Israel membunuh 42 kanak-kanak Palestin pada 2022, kebanyakannya ditembak menggunakan peluru hidup, agensi berita Jerman memetik laporan dalaman pada Khamis.
  • Setiausaha Agung PBB, António Guterres, berkata beliau sangat gusar bukan sahaja dengan bilangan kanak-kanak yang dibunuh dan cacat tetapi juga dengan jumlah mereka yang ditahan oleh tentera Israel.
  • Bilangan kanak-kanak yang cacat di wilayah itu ialah sekitar 524 rakyat Palestin dan tujuh warga Israel setakat tahun lalu.

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa tentera Israel membunuh 42 kanak-kanak Palestin pada 2022, kebanyakannya ditembak menggunakan peluru hidup, agensi berita Jerman memetik laporan dalaman pada Khamis.

Setiausaha Agung PBB, António Guterres, berkata beliau sangat gusar bukan sahaja dengan bilangan kanak-kanak yang dibunuh dan cacat tetapi juga dengan jumlah mereka yang ditahan oleh tentera Israel.

Bilangan kanak-kanak yang cacat di wilayah itu ialah sekitar 524 rakyat Palestin dan tujuh warga Israel setakat tahun lalu.

Bagaimanapun, PBB tidak menyenaraikan tentera Israel dalam organisasi yang melakukan kesalahan serius terhadap kanak-kanak dalam konflik bersenjata.

Menurut dakwaan diplomat, Amerika Syarikat memberi tekanan kepada organisasi antarabangsa itu untuk memastikan penilaian laporan PBB sesederhana mungkin.

Isu keselamatan di Tebing Barat dan wilayah Palestin meruncing sejak sekian lama.

Israel menakluk Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur semasa Perang Enam Hari pada 1967. Palestin menuntut wilayah itu untuk pembentukan negaranya. 

Sumber: Berita Harian

Author