Connect with us

Antarabangsa

Insiden serangan maut di sempadan Mesir, rejim Israel hukum tiga pegawai tenteranya

Tiga pegawai tentera Israel bakal berdepan tindakan disiplin atas serangan sempadan Israel-Mesir yang menyebabkan tiga tentera Israel terbunuh.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Insiden serangan maut di sempadan Mesir, rejim Israel hukum tiga pegawai tenteranya
Foto: Seorang askar Israel menangis di luar pangkalan tentera berikutan tembakan maut di selatan Israel di sepanjang sempadan Mesir.
  • Tiga pegawai tentera Israel akan berdepan tindakan disiplin atas serangan sempadan Israel-Mesir yang menyebabkan tiga tentera Israel terbunuh.
  • Seorang pegawai keselamatan Mesir dikatakan menceroboh kawasan Israel tanpa dikesan pada 3 Jun lalu untuk melakukan serangan itu.
  • Tentera Israel akan segera memperbaiki situasi dengan menutup sempadan selatan, meningkatkan jumlah askar dan mengurangkan tempoh syif untuk menangani kelemahan itu.
  • Dua pegawai tentera senior diberi amaran, manakala seorang pegawai lain ditukarkan ke posisi lain.
  • Mesir dalam kenyataannya berkata tindakan rentas sempadan pegawainya itu disebabkan insiden kejar mengejar penyeludup dadah sehingga tercetusnya tembak menembak dengan tentera Israel.

Tiga pegawai tentera Israel bakal berdepan tindakan disiplin atas serangan sempadan Israel-Mesir yang menyebabkan tiga tentera Israel terbunuh.

Memetik laporan WTOP, seorang pegawai keselamatan Mesir dikatakan menceroboh kawasan Israel tanpa dikesan pada 3 Jun lalu untuk melakukan serangan itu.

Penyiasatan tentera Israel mendapati berlakunya kegagalan aspek keselamatan, termasuk meninggalkan pagar keselamatan tidak dikunci dan kecelaruan ketara pada dua insiden itu.

Kecelaruan dimaksudkan adalah laporan mendapati beberapa jam berlalu selepas insiden pertama sebelum berlangsungnya insiden tembak menembak di pos kedua.

Tentera Israel akan segera memperbaiki situasi dengan menutup sempadan selatan, meningkatkan jumlah askar dan mengurangkan tempoh syif untuk menangani kelemahan itu.

Dua pegawai tentera senior akan diberi amaran, manakala seorang pegawai lain ditukarkan ke posisi lain.

Mesir dalam kenyataannya berkata tindakan rentas sempadan pegawainya itu disebabkan insiden kejar mengejar penyeludup dadah sehingga tercetusnya tembak menembak dengan tentera Israel.

Insiden itu merupakan kes pertama pertukaran tembakan membawa maut di sempadan Israel-Mesir setelah lebih sedekad kerjasama keamanan dan keselamatan kedua-dua negara itu terjalin.

Sumber: WTop News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *