Connect with us

Antarabangsa

Imran Khan didakwa ada kaitan pembunuhan peguam

Polis Pakistan semalam secara rasmi menamakan Imran Khan mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan dilakukan lelaki bersenjata terhadap seorang peguam yang sebelum ini menuntut perbicaraan menghasut yang dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Imran Khan didakwa ada kaitan pembunuhan peguam
Foto: Bekas perdana menteri Pakistan, Imran Khan.
  • Polis Pakistan semalam secara rasmi menamakan Imran Khan mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan dilakukan lelaki bersenjata terhadap seorang peguam yang sebelum ini menuntut perbicaraan menghasut yang dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri itu.
  • Polis mengaitkan kes itu dengan bekas wira kriket berusia 70 tahun itu sebagai ‘bersubahat untuk membunuh’, yang ketika ini turut berdepan berpuluh-puluh pertuduhan sejak penyingkirannya dalam undi percaya parlimen pada April tahun lalu.
  • Khan yang belum didakwa berhubung pembunuhan peguam itu bagaimanapun menolak semua kes terhadapnya sebagai rekaan pihak lawannya.
  • Peguam yang dibunuh, Abdur Razaq sebelum ini memfailkan petisyen mahkamah menuntut prosiding hasutan terhadap Khan kerana membubarkan kerajaannya selepas usul undi tidak percaya.

QUETTA: Polis Pakistan semalam secara rasmi menamakan Imran Khan mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan dilakukan lelaki bersenjata terhadap seorang peguam yang sebelum ini menuntut perbicaraan menghasut yang dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri itu.

Polis mengaitkan kes itu dengan bekas wira kriket berusia 70 tahun itu sebagai ‘bersubahat untuk membunuh’, yang ketika ini turut berdepan berpuluh-puluh pertuduhan sejak penyingkirannya dalam undi percaya parlimen pada April tahun lalu.

Khan yang belum didakwa berhubung pembunuhan peguam itu bagaimanapun menolak semua kes terhadapnya sebagai rekaan pihak lawannya.

Setiausaha Penerangan parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakista, Rauf Hasan tidak menjawab permintaan agensi berita untuk mengulas.

Jurucakap kerajaan wilayah, Babar Khan berkata, Khan boleh menghadapi pertuduhan rasmi sekiranya kes pembunuhan itu dibicarakan.

Peguam yang dibunuh, Abdur Razaq sebelum ini memfailkan petisyen mahkamah menuntut prosiding hasutan terhadap Khan kerana membubarkan kerajaannya selepas usul undi tidak percaya.

Kata polis, Razaq dalam perjalanan ke mahkamah, maut ditembak oleh lelaki bersenjata yang menaiki motosikal, Selasa lalu.

Menurut laporan polis yang difailkan olehnya anak lelaki Razaq, Siraj Ahmad dan dilihat oleh Reuters, peguam itu menyatakan, bapanya itu dibunuh oleh lelaki tidak dikenali yang ‘bersubahat dengan bekas Perdana Menteri’.

Sehingga kini, masih belum jelas bagaimana hubungan antara lelaki bersenjata yang tidak dikenali dan Khan berlaku.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *