Connect with us

Terkini

Iklan kerja LGBTQ tidak perlu diuar-uarkan secara terbuka

Penawaran pekerjaan kepada golongan  lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ)  tidak perlu diuar-uarkan secara terbuka di media sosial bagi menjaga sensitiviti masyarakat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Anis Tarmizi

Published

on

Iklan kerja LGBTQ tidak perlu diuar-uarkan secara terbuka
Foto: Profesor Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar.
  • Penawaran pekerjaan pada golongan  lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ)  tidak perlu diuar-uarkan secara terbuka di media sosial bagi menjaga sensitiviti masyarakat.
  • Profesor Perubatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, iklan itu juga dilihat melanggar undang-undang syariah kerana diuar-uarkan kepada khalayak ramai.
  • “Saya melihat bahawa penggunaan pembantu penyelidik dalam konteks kita boleh dibuat tetapi tidak dengan kita kata mewar-warkan kepada individu yang dalam erti kata dia melanggar undang-undang syariah,” katanya ketika ditemui selepas sidang media Gabungan NGO Islam berkenaan isu SUHAKAM di rumah Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dekat sini hari ini. 
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu sebuah universiti tempatan ada membuat iklan tawaran pekerjaan untuk golongan LGBTQ di media sosial.

KUALA LUMPUR – Penawaran pekerjaan kepada golongan  lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ)  tidak perlu diuar-uarkan secara terbuka di media sosial bagi menjaga sensitiviti masyarakat.

Profesor Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, iklan itu juga dilihat melanggar undang-undang syariah kerana diuar-uarkan kepada khalayak ramai.

“Saya melihat bahawa penggunaan pembantu penyelidik dalam konteks kita boleh dibuat, tetapi tidak dengan kita kata mewar-warkan kepada individu yang dalam erti kata dia melanggar undang-undang syariah,” katanya ketika ditemui selepas sidang media Gabungan NGO Islam berkenaan isu SUHAKAM di rumah Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dekat sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu sebuah universiti tempatan ada membuat iklan tawaran pekerjaan untuk golongan LGBTQ di media sosial. 

The Merdeka Times melaporkan terdapat hantaran di Facebook (FB), Centre of Excellence for Research in AIDS (CERiA) yang berada di bawah Fakulti Perubatan (FOM) UM memuat naik dua iklan tawaran kerja pembantu penyelidik yang menggalakkan permohonan daripada kelompok songsang itu

Iklan itu memaparkan tawaran pekerjaan untuk jawatan pembantu penyelidik dan ia turut memaparkan mengenai kata-kata: “Kami menggalakkan permohonan daripada gay, biseksual dan ahli komuniti MSM yang lain.”

Menurut Dr Rafidah, iklan tular itu membawa dua mesej di mana mereka ingin menormalisasi dan melibatkan golongan songsang dalam bidang pekerjaan.

“So saya nampak kat situ dua mesej melalui iklan tersebut bahawa mereka ingin menormalisasikannya yang saya kurang bersetuju. 

“Yang kedua, mereka ingin melibatkan transgender yang saya rasa boleh buat tanpa iklan terbuka sebegitu. 

“Saya merasakan bahawa, institusi penyelidikan perlu sensitif dengan norma masyarakat kita,” kata Dr Rafidah bersetuju jika ada penglibatan golongan transgender  dalam penyelidikan, namun perlu dijaga sensitiviti dalam masyarakat. 

Beliau berkata penglibatan mereka (transgender) adalah perkara biasa dan kebanyakkan kajian dilakukan menggunakan kaedah persampelan bola salji (snowball sampling). 

“Kadang dia terpaksa menggunakan transgender untuk mendapatkan transgender yang lain” katanya merujuk kepada penyelidikan yang memerlukan khidmat transgender bagi mendapatkan transgender lain sebagai sampel kajian. 

Menurut kenyataan Universiti Malaya (UM) siasatan akan dilakukan berkenaan iklan tawaran pekerjaan bagi jawatan pembantu penyelidik yang dikeluarkan untuk komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *