Connect with us

Antarabangsa

Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi

Mahkamah Pakistan semalam melanjutkan ikat jamin kepada bekas Perdana Menteri, Imran Khan untuk tujuh kes berasingan, selama 10 hari lagi, menurut rekod mahkamah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi
Foto: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan.
  • Mahkamah Pakistan semalam melanjutkan ikat jamin kepada bekas Perdana Menteri, Imran Khan untuk tujuh kes berasingan, selama 10 hari lagi, menurut rekod mahkamah.
  • Dua hakim Mahkamah Tinggi Islamabad mengarahkan Khan untuk hadir ke mahkamah dalam masa 10 hari lagi dan melarang polis daripada menahan beliau sepanjang tempoh itu, lapor Agensi Anadolu.
  • Mahkamah turut melanjutkan ikat jamin untuk kes Al Qadir Trust selama tiga hari.
  • Khan, ditemani isterinya Bushra Bibi, hadir di hadapan badan pemantau antirasuah Biro Akauntabiliti Nasional (NAB) berhubung kes rasuah bernilai AS$237 juta, yang lebih dikenali sebagai kes Al-Qadir Trust.

KARACHI (Pakistan): Mahkamah Pakistan semalam melanjutkan ikat jamin kepada bekas Perdana Menteri, Imran Khan untuk tujuh kes berasingan, selama 10 hari lagi, menurut rekod mahkamah.

Dua hakim Mahkamah Tinggi Islamabad mengarahkan Khan untuk hadir ke mahkamah dalam masa 10 hari lagi dan melarang polis daripada menahan beliau sepanjang tempoh itu, lapor Agensi Anadolu.

Mahkamah turut melanjutkan ikat jamin untuk kes Al Qadir Trust selama tiga hari.

Khan, ditemani isterinya Bushra Bibi, hadir di hadapan badan pemantau antirasuah Biro Akauntabiliti Nasional (NAB) berhubung kes rasuah bernilai AS$237 juta, yang lebih dikenali sebagai kes Al-Qadir Trust.

Pemimpin berusia 70 tahun itu satu-satunya Perdana Menteri Pakistan yang digulingkan melalui undi tidak percaya sepanjang sejarah politik negara Pakistan selama 75 tahun.

Beliau berdepan pelbagai tuduhan termasuk keganasan, cubaan membunuh dan pengubahan wang haram.

Kebanyakan kes yang didakwa ke atasnya, disifatkan Khan sebagai “palsu.”

Beliau digulingkan sebagai perdana menteri selepas parlimen meluluskan undi tidak percaya pada April tahun lalu.

Khan, mendakwa terdapat konspirasi yang disokong pihak asing untuk menjatuhkannya.

Sebelum ini, beliau terselamat daripada cubaan membunuh ketika mengetuai perarakan antikerajaan pada November lalu.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *