Connect with us

Antarabangsa

Hanya kerana berhijab, pelajar wanita Muslim tidak dibenarkan ke sekolah

Pelajar wanita sekolah Vishu Bharti (VB) di Rainawari, Srinagar, India, pada Khamis lalu mengadakan bantahan terhadap pentadbiran sekolah itu yang tidak membenarkan mereka ke sekolah kerana berhijab.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hanya kerana berhijab, pelajar wanita Muslim tidak dibenarkan ke sekolah
Foto: Pelajar wanita sekolah Vishu Bharti (VB) di Rainawari, Srinagar, India.
  • Pelajar sekolah Vishu Bharti (VB) di Rainawari, Srinagar, India, pada Khamis lalu mengadakan bantahan terhadap pentadbiran sekolah itu yang tidak membenarkan mereka ke sekolah kerana berhijab.
  • “Kami diberitahu bahawa kami mesti pergi ke madrasah jika mahu memakai Abaya (penutup kepala). Pentadbiran sekolah berkata kami merosakkan suasana sekolah,” kata seorang pelajar menyertai protes itu.
  • Pihak sekolah mendakwa mendakwa mereka tidak menentang pemakaian hijab, tapi mahu pelajar mematuhi peraturan berpakaian.

Pelajar wanita sekolah Vishu Bharti (VB) di Rainawari, Srinagar, India, pada Khamis lalu mengadakan bantahan terhadap pentadbiran sekolah itu yang tidak membenarkan mereka ke sekolah kerana berhijab.

“Kami diberitahu bahawa kami mesti pergi ke madrasah jika mahu memakai Abaya (penutup kepala). Pentadbiran sekolah berkata kami merosakkan suasana sekolah,” kata seorang pelajar menyertai protes itu.

Menurut laporan The Kashmir Walla, pentadbiran sekolah memberitahu pihak media bahawa mereka tidak menentang pemakaian hijab tetapi mahu pelajar mematuhi peraturan berpakaian.

“Siapa mereka untuk menilai kami kerana apa yang kami pakai. Kami didiskriminasi dalam aktiviti sukan dan aktiviti kokurikulum lain.

“Pelajar lelaki terus merokok di dalam kolej, tiada siapa bermasalah dengan itu, tetapi sebaik sahaja pelajar perempuan mula mengikut apa yang mereka pilih, orang ramai memandang ia sebagai satu masalah,” kata seorang lagi pelajar yang menyertai bantahan itu.

Ada ibu bapa mendakwa pelajar terbabit melakukan perbuatan vulgarisme (berbahasa kesat) di dalam kawasan sekolah.

“Ini bukan isu. Kami hanya minta mereka menanggalkan Abaya kerana ramai daripada mereka datang ke sekolah dengan Abaya berwarna-warni (penutup seluruh badan).

“Hijab tidak dilarang di sini. Kami hanya mahu memastikan setiap pelajar mengikut kod pakaian sama,” kata wanita itu.

Sumber: The Kashmir Walla

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *