Connect with us

Antarabangsa

Guru Jepun peluk Islam dalam busana kimono, kongsi perjalanan mendapat hidayah

Seorang guru Jepun, Saki Takao meraikan hari lahirnya yang ke-26 dengan memakai kimono merah jambu dan mengambil keputusan terhebat dalam hidupnya untuk menjadi seorang Muslim.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Seorang guru Jepun, Saki Takao.
  • Seorang guru Jepun, Saki Takao meraikan hari lahirnya yang ke-26 dengan memakai kimono merah jambu dan mengambil keputusan terhebat dalam hidupnya untuk menjadi seorang Muslim.
  • Dikelilingi 15 ahli keluarga dan rakan-rakan, dia melafazkan syahadah, “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah,” pada telefon pintarnya.
  • Walaupun sambutannya sederhana, namun perjalanan guru sekolah menengah itu menjadi Muslim pada November lalu tidaklah semudah itu.
  • Pada musim panas 2019, Saki memulakan “perjalanan solo untuk bertemu umat Islam” yang membawanya ke negara seperti Turkiye dan Indonesia sehinggalah dia memeluk Islam.

Seorang guru Jepun, Saki Takao meraikan hari lahirnya yang ke-26 dengan memakai kimono merah jambu dan mengambil keputusan terhebat dalam hidupnya untuk menjadi seorang Muslim.

Dikelilingi 15 ahli keluarga dan rakan-rakan, dia melafazkan syahadah, “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah,” pada telefon pintarnya.

Menurut laporan About Islam, walaupun sambutannya sederhana, namun perjalanan guru sekolah menengah itu untuk menjadi seorang Muslim pada November lalu tidaklah semudah itu.

Dilahirkan dan dibesarkan di Jepun, Saki sebelum ini menghadiri kuliah Universiti Osaka Jogakuin, Jepun.

Dia kemudiannya bertemu dengan Muslim pertama dalam hidupnya, seorang lelaki dari Turkmenistan, di Taiwan semasa zaman mudanya.

Bertutur dalam bahasa Inggeris dalam kebanyakkan majlis, Saki berkata mereka membina hubungan rapat, namun tiba-tiba terputus apabila dia menyedari lelaki itu adalah seorang Muslim.

Sekembalinya ke Jepun untuk belajar hal ehwal antarabangsa, perasaan malu terhadap layanannya terhadap rakan karibnya hanya kerana dia beragama Islam mula menyelubungi dirinya.

Dua tahun kemudian, pada musim panas 2019, dia memulakan “perjalanan solo untuk bertemu umat Islam” yang membawanya ke negara seperti Turki dan Indonesia.

Saki bertemu dengan ramai orang baik sepanjang perjalanan, dan akhirnya ingin mengetahui lebih lanjut tentang Islam dan umat Islam.

Sumber: About Islam

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *