Connect with us

Terkini

GEG seolah-olah ‘rampas’ hak asasi manusia – Ahli Parlimen kerajaan

Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 atau lebih dikenali sebagai RUU Generasi Penamat (GEG) menimbulkan pelbagai reaksi apabila ada di antara pihak kerajaan sendiri membantah pelaksanaan tersebut.

Wartawan TMT

Published

on

GEG seolah-olah ‘rampas’ hak asasi manusia – Ahli Parlimen kerajaan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 atau lebih dikenali sebagai RUU Generasi Penamat (GEG) menimbulkan pelbagai reaksi apabila ada di antara pihak kerajaan sendiri membantah pelaksanaan tersebut.
  • Ini kerana ia dilihat seperti ‘merampas’ hak asasi manusia apabila kerajaan menyekat terus hak golongan yang lahir bermula tahun 2007 dan seterusnya ‘diharamkan’ untuk menghisap rokok atau vape (rokok elektronik).
  • Malah, kerajaan turut digesa melakukan kajian mendalam mengenai GEG dan tidak boleh hanya melihat dari sudut kesihatan sahaja kerana ia melibatkan industri yang mempunyai ratusan pekerja, di mana jika diluluskan mungkin menyebabkan peningkatan kadar pengangguran pada masa akan datang.
  • Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan berkata, beliau tidak menyokong generasi baharu menghisap rokok mahupun vape, namun, kerajaan wajar melihat konteks yang lebih besar sebelum GEG dilaksanakan.
  • Menurut beliau, sekiranya GEG diluluskan juga akan menimbulkan persoalan mengenai penguatkuasaan di mana akan mewujudkan masalah lain selain menyebabkan RUU tersebut tidak berkesan sesuai dengan matlamat kerajaan.

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 atau lebih dikenali sebagai RUU Generasi Penamat (GEG) menimbulkan pelbagai reaksi apabila ada di antara pihak kerajaan sendiri membantah pelaksanaan tersebut.

Ini kerana ia dilihat seperti ‘merampas’ hak asasi manusia apabila kerajaan menyekat terus hak golongan yang lahir bermula tahun 2007 dan seterusnya ‘diharamkan’ untuk menghisap rokok atau vape (rokok elektronik).

Malah, kerajaan turut digesa melakukan kajian mendalam mengenai GEG dan tidak boleh hanya melihat dari sudut kesihatan sahaja kerana ia melibatkan industri yang mempunyai ratusan pekerja, di mana jika diluluskan mungkin menyebabkan peningkatan kadar pengangguran pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan berkata, beliau tidak menyokong generasi baharu menghisap rokok mahupun vape, namun, kerajaan wajar melihat konteks yang lebih besar sebelum GEG dilaksanakan.

Menurut beliau, sekiranya GEG diluluskan juga akan menimbulkan persoalan mengenai penguatkuasaan di mana akan mewujudkan masalah lain selain menyebabkan RUU tersebut tidak berkesan sesuai dengan matlamat kerajaan.

“Apa perlu saya jelaskan terlebih dahulu, saya sepenuhnya membantah generasi baharu menghisap rokok atau vape, saya tidak menggalakkan mereka tetapi ini merupakan hak asasi manusia golongan terlibat, jika mereka memilih kita tidak boleh rampasnya.

“Kita juga perlu sedar apa yang bakal hilang sekirang GEG diluluskan. Berapa banyak akan kehilangan pekerjaan? Berapa banyak kedai akan ditutup? Melalui informasi diberi pada saya, terdapat 4,000 premis vape di seluruh negara dan 15,000 pekerja.

“Malah, adakah kita juga bersedia untuk hilang kutipan cukai rokok? Sedangkan ia boleh digunakan untuk menaiktaraf sistem kesihatan negara. Kita boleh bina hospital yang baik, perubatan percuma menggunakan duit tersebut.

“Selain itu, bagaimana pula dengan pelaksanaan? Seperti kita tahu undang-undang dalam Malaysia apabila seseorang meminta kad pengenalan (IC) atau lesen memandu perlu daripada pihak pegawai penguat kuasa. Jadi, adakah kita akan memberi kebenaran pula kepada seseorang yang bekerja di kedai runcit atau serbaneka yang merupakan warganegara asing untuk minta dokumen tersebut untuk mengesahkan umur.

“Jika ia dibenarkan, adakah ada jaminan tiada pencerobohan data berlaku? Di mana mereka peroleh nama, alamat kita dan sebagainya. Siapa yang akan lindungi maklumat-maklumat tersebut? GEG bukan satu perkara yang harus diimplementasi dengan tergesa-gesa,” katanya ketika ditemui media.

Utusan Malaysia melaporkan, RUU GEG dijadualkan dibaca buat kali pertama pada 12 Jun ini, dalam sidang Dewan Rakyat ia merupakan usaha kerajaan untuk membendung budaya rokok dan vape dari generasi baharu demi kesihatan awam Dasar GEG di bawah RUU itu akan mengenakan larangan membeli dan menggunakan rokok atau vape bagi individu yang lahir bermula 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Pembentangan RUU itu sekali gus menggantikan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang tidak sempat direalisasi menteri terdahulu, selepas Parlimen penggal ke-14 dibubar tahun lalu.

Ramanan berkata, ia juga akan memberi kesan negatif kepada parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) seterusnya kerana merasakan diri mereka terkesan disebabkan GEG.

“Pengguna vape dan rokok itu satu perkara, pekerja-pekerja di dalam industri rokok dan vape juga akan memberi kesan yang besar kepada kerajaan sekarang.

“Sebelum ini terdapat advokasi yang kuat terhadap Undi18, membolehkan belia yang berumur 18 tahun menentukan masa depan dan kerajaan negara. Jadi jika kita membenarkan mereka mengundi kenapa tidak boleh biarkan mereka membuat keputusan sama ada mahu merokok atau tidak,” katanya.

Tambahnya, sekiranya kerajaan ingin menghalang golongan bawah umur menghisap rokok atau vape, kerajaan perlu menaikkan harga produk-produk tersebut dan mula melaksanakan cukai kepada produk-produk berkaitan vape.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, RUU itu digunakan oleh bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairi Jamaludin untuk meraih populariti dalam kerjaya politiknya.

“Dia bentang undang-undang merampas hak orang. Dia ini nak ambil populariti sebab dia sudah tidak ada platform (pentas) sudah.

“Dia mahu stop (berhentikan) orang dari menghisap rokok, tapi dia sendiri isap apa? Tanya dia isap apa, apa perkhabaran dia. Nanti dalam dewan saya cakap,” katanya.

Bagaimanapun kata Bung Mokhtar memang tugas KKM untuk membentang (GEG).

Sementara itu, Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien berkata, beliau akan memberi sokongan penuh kepada pelaksanaan GEG dan memberi undinya bagi meluluskan RUU tersebut.

“Melihat kepada kajian dilakukan, ada sokongan terhadap pelaksanaan GEG itu, jadi saya percaya meluluskan RUU tersebut adalah di laluan yang betul dan merupakan langkah untuk terus kehadapan.

“Saya turut merasakan ia tidak akan memberi kesan kepada perokok sedia ada, GEG ini tidak memberi implikasi kepada mereka.Jadi tidak perlu terlalu mereka terlalu bimbang sekiranya ia diluluskan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Isu penukaran agama sepihak: Apakah kesan kemenangan kes Dahlia Dhaima?

Kekusutan dan kerisauan rentetan kes Indira Gandhi sedikit sebanyak ‘diperbaiki’ kes Dahlia Dhaima di mana pada 3 Mei lalu menyaksikan Mahkamah Persekutuan menolak usahanya yang mahu membatalkan pengislamannya ketika waktu kanak-kanak selepas dilakukan ibunya, seorang mualaf.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Haniff Khatri Abdulla.
  • Kekusutan dan kerisauan rentetan kes Indira Gandhi sedikit sebanyak ‘diperbaiki’ kes Dahlia Dhaima di mana pada 3 Mei lalu menyaksikan Mahkamah Persekutuan menolak usahanya yang mahu membatalkan pengislamannya ketika waktu kanak-kanak selepas dilakukan ibunya, seorang mualaf.
  • Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata susulan keputusan itu semua pihak tidak lagi tertekan atau terikat dengan kesahihan sijil pengislaman atau mualaf semata-mata, sebaliknya wajib melihat cara hidup individu tersebut selepas seseorang individu itu diislamkan untuk menentukan sama ada dia Muslim atau tidak.
  • Haniff menjelaskan kes Dahlia Dhaima bukan mematahkan terus kes Indira Gandhi kerana ia masih wujud, sebaliknya Dahlia Dhaima merupakan ‘fine tuning’ iaitu melonggarkan dengan cara paling halus apa diputuskan dalam Indira Gandhi yang mengatakan perlu mengambil kira sijil mualaf sahaja sama ada sah atau tidak dalam isu pertikaian pemelukan agama, khususnya anak-anak bawah umur.
  • Haniff menegaskan sekiranya selepas ini pihak berkuasa ditampilkan dengan mana-mana kes baru di mana seseorang itu mengatakan kononnya ibu atau bapa mengislamkan dia ketika di bawah umur.
  • Kemudiannya, bertahun selepas itu individu terbabit ke Mahkamah Sivil mengatakan dia bukan Islam, ataupun dia membuat permohonan di Mahkamah Syariah mengatakan hendak keluar Islam, maka pihak berkuasa wajib menyiasat latar belakang individu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kekusutan dan kerisauan rentetan kes Indira Gandhi sedikit sebanyak ‘diperbaiki’ kes Dahlia Dhaima di mana pada 3 Mei lalu menyaksikan Mahkamah Persekutuan menolak usahanya yang mahu membatalkan pengislamannya ketika waktu kanak-kanak selepas dilakukan ibunya, seorang mualaf.

Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata susulan keputusan itu semua pihak tidak lagi tertekan atau terikat dengan kesahihan sijil pengislaman atau mualaf semata-mata, sebaliknya wajib melihat cara hidup individu tersebut selepas seseorang individu itu diislamkan untuk menentukan sama ada dia Muslim atau tidak.

Haniff menjelaskan kes Dahlia Dhaima bukan mematahkan terus kes Indira Gandhi kerana ia masih wujud, sebaliknya Dahlia Dhaima merupakan ‘fine tuning’ iaitu melonggarkan dengan cara paling halus apa diputuskan dalam Indira Gandhi yang mengatakan perlu mengambil kira sijil mualaf sahaja sama ada sah atau tidak dalam isu pertikaian pemelukan agama, khususnya anak-anak bawah umur.

“Kesan kes Dahlia Dhaima kepada rentetan undang-undang diumumkan mahkamah tertinggi Malaysia (Mahkamah Persekutuan) berhubung pengislaman anak-anak bawah umur adalah seperti berikut;  pertama (kes) Dahlia Dhaima ada mengatakan sama ada sijil (mualaf) itu sah atau tidak sah tidak menjadi isu pokok, ingat tadi kita dah sentuh mengikut undang-undang 1952 sijil itu memang tak sah sebab mana-mana ibu atau bapa pun tidak boleh mengislamkan (anak) bawah umur so sijil itu tak sah.

“Tapi (kes) Dahlia Dhaima yang pertama mengatakan kita tak boleh tengok sijil sahaja, kita kena tengok apa diumumkan dalam kes Rosliza (kes terdahulu) kita tak boleh berhenti dekat (kes) Indira Gandhi.

“(kes) Rosliza kata kita kena tengok keseluruhan fakta kehidupan anak tersebut sehingga dia datang mahkamah sama ada indentiti dia itu adalah Muslim ab initio Muslim daripada awal atau tidak kalau kita yakin daripada fakta bukan sahaja sijil tak sah tapi pengislaman atau kehidupan dia pun bukan Islam daripada awal barulah Mahkamah Sivil boleh dengar (kes) ini barulah dia bukan Islam ab initio dari awal.

“Tapi kalau sijil tak sah pun tapi cara kehidupan dia menunjukkan, menampilkan sama ada melalui perwatakan melalui kenyataan perbuatan dia kepada orang ramai bahawa dia Muslim, maka Mahkamah Sivil tidak boleh dengar (kes itu) sebab itu bidang kuasa Mahkamah Syariah pula, ini kesan penting (Dahlia Dhamia),” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Pejabat Haniff Khatri, Petaling Jaya pada Jumaat.

Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi pada 2018 memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa diperlukan sebelum anak dilahirkan dalam perkahwinan sivil boleh memeluk agama Islam dan sekiranya sijil pengislaman tidak sah maka dia bukan Muslim.

Ia bermula apabila guru tadika M Indira Ghandi mencabar pengeluaran sijil penukaran agama susulan bekas suaminya seorang mualaf membuat penukaran agama Islam secara unilateral terhadap ketiga-tiga anak mereka.

Kes itu juga menyaksikan sejak 2018 isu tentang pertikaian pemelukan agama, khususnya anak-anak bawah umur, merujuk kes Indira Gandhi yang memutuskan sekiranya sijil-sijil mualaf ataupun proses mahupun prosedur pengislaman anak-anak itu tidak dituruti mengikut seksyen-seksyen enakmen tertentu, maka sijil itu boleh atau diisytiharkan sebagai tidak sah.

Manakala kes Rosliza pula adalah membabitkan dia yang dilahirkan di luar nikah, berbapakan seorang Muslim dan ibu penganut agama Buddha serta berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 2021 untuk diisytiharkan sebagai bukan Muslim selepas mengakui sejak dari asal bukan Islam.

Dalam kes Rosliza, Mahkamah Persekutuan membuat satu pengumuman kedudukan undang-undang di mana kita kena melihat identiti seseorang individu itu sama ada sejak awal dia Islam atau tidak (ab initio), sekiranya ada individu terbabit datang ke mahkamah sivil dan mengatakan kononnya dia bukan Islam.

Mengulas lanjut kes Dahlia Dhaima, Haniff menegaskan sekiranya selepas ini pihak berkuasa ditampilkan dengan mana-mana kes baru di mana seseorang itu mengatakan kononnya ibu atau bapa mengislamkan dia ketika di bawah umur.

Kemudiannya, bertahun selepas itu individu terbabit ke Mahkamah Sivil mengatakan dia bukan Islam, ataupun dia membuat permohonan di Mahkamah Syariah mengatakan hendak keluar Islam, maka pihak berkuasa wajib menyiasat latar belakang individu terbabit.

“Saya syorkan kepada pihak berkuasa kalau ditampilkan mana-mana kes baru selepas ini tak semestinya di Selangor di mana-mana negeri di mana seseorang itu mengatakan ouhh kononnya, ‘Ibu atau bapa mengislamkan saya tapi saya tak ikut pun Islam maka kalau ikut Indira Gandhi sijil (pengislaman) saya tak sah sebab seorang sahaja pelukan (mengislamkan) saya’.

“Baik… tapi ikut (kes terdahulu) Rosliza ikut (kes terdahulu) Dahlia Dhaima sekarang ini kita kena tengok latar belakang awak so kami nak siasat kami nak tanya awak macam mana dari umur 7 tahun di sekolah sampai sekolah menengah pembawakan awak dengan kawan-kawan awak? Masa awak pergi kerja adakah awak balik awal juga untuk buka puasa? Atau ambil cuti lebih untuk tujuan cuti raya dan perkara-perkara ini tertakluk kepada fakta.

“Tapi apa saya nak sampaikan adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk menyelia dan mengambil peri penting perkara ini untuk disiasat jangan tolak tepi ja perkara ini tak buat kerja dan dengan cara itu barulah kita dapat menyelenggarakan urus tadbir konsep Islam dan pengislaman dengan cara lebih teratur.

“Itu adalah kesan bagi saya yang kita boleh ambil keuntungan daripada kes Dahlia Dhaima dan perbetulkan sistem tadbir urus di pihak berkuasa,” kata Haniff yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perundangan. 

Untuk rekod, Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi dalam hierarki badan kehakiman sivil negara, sekiranya satu kes itu telah sampai ke Mahkamah Persekutuan, tidak ada lagi rayuan boleh dibuat kepada mana-mana pihak lain. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending