Connect with us

Antarabangsa

Filipina terima pengiktirafan halal bagi perjalanan mesra Muslim

Filipina memberi tumpuan untuk meletakkan negara itu sebagai destinasi mesra Muslim, kata pihak berkuasa pelancongannya pada Sabtu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Fariesha Amirnudin

Published

on

Filipina terima pengiktirafan halal bagi perjalanan mesra Muslim
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Filipina memberi tumpuan untuk meletakkan negara itu sebagai destinasi mesra Muslim, kata pihak berkuasa pelancongannya pada Sabtu.
  • Ia dilaporkan selepas Filipina memenangi anugerah pada Sidang Kemuncak Halal dalam Perjalanan Global tahun ini.
  • Tumpuan kepada pelancong Islam adalah penting bagi Filipina berikutan pandemik COVID-19 menyaksikan penurunan pelancong dari Eropah dan China, yang secara tradisinya menjadi sumber utama pelawat bagi Filipina.
  • Pasaran pelancongan Muslim diramal mencecah $225 bilion (RM1 trilion) menjelang 2028.

MANILA: Filipina memberi tumpuan untuk meletakkan negara itu sebagai destinasi mesra Muslim, kata pihak berkuasa pelancongannya pada Sabtu.

Ia dilaporkan selepas Filipina memenangi anugerah pada Sidang Kemuncak Halal dalam Perjalanan Global tahun ini.

Menurut laporan Arab News, pengembara Islam adalah salah satu kumpulan pelancong yang paling pesat berkembang di dunia.

Tumpuan kepada pelancong Islam adalah penting bagi Filipina berikutan pandemik COVID-19 menyaksikan penurunan pelancong Eropah dan China, yang secara tradisinya menjadi sumber utama pelawat Filipina.

Memandangkan pasaran pelancongan Muslim diramal mencecah $225 bilion (RM1 trilion) menjelang 2028, Kerajaan Filipina berkata matlamat keutamaan mereka adalah meningkatkan ketibaan pelancong asing dari Timur Tengah dan negara majoriti Islam.

Pengumuman itu diumumkan pada tahun lalu.

Usaha itu diiktiraf melalui anugerah Destinasi Terbaik Mesra Muslim pada Sidang Kemuncak Halal dalam Perjalanan Global iaitu acara industri utama diadakan di Singapura dari 30 Mei hingga 1 Jun lalu.

Ia bagi menghormati tempat, kumpulan, perniagaan dan orang berpengaruh besar terhadap pasaran pelancongan bagi umat Islam tahun ini.

“Anugerah ini adalah pengesahan usaha kerjasama kami ke arah meletakkan Filipina sebagai destinasi pilihan untuk pengembara Muslim dan secara strategik membangunkan portfolio pelancongan halal kami di seluruh wilayah kami,” kata Jabatan Pelancongan Filipina dalam satu kenyataan yang memetik Setiausaha Cristina Frasco.

“Pengiktirafan global ini juga membuka peluang besar kepada negara kita untuk memperkenalkan budaya dan warisan kita yang kaya dan pelbagai yang jelas dalam masyarakat Islam kita, dan destinasi kita yang sangat indah, termasuk Mindanao,” kata Christina, merujuk kepada wilayah yang didiami minoriti Islam di negara itu.

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *