Antarabangsa
Empat cedera insiden dua kumpulan berebut masjid di Uttar Pradesh
Empat individu cedera dalam pertempuran antara dua kumpulan masyarakat Islam ekoran perebutan sebuah masjid di Bahraich, Uttar Pradesh (UP), India.
- Empat individu cedera dalam pertempuran antara dua kumpulan masyarakat Islam ekoran perebutan sebuah masjid di Bahraich, Uttar Pradesh (UP), India.
- Kedua-dua kumpulan orang Islam bermazhab Deobandi dan Barelvi itu bersemuka untuk pemilikan sebuah masjid di Gram Panchayat Achaulia di bawah bidang kuasa Balai Polis Ranipur.
- Menurut penduduk kampung, pendaftaran masjid itu adalah atas nama Deobandi dan kumpulan tersebut memiliki masjid tersebut tapi turut dituntut kumpulan Barelvi.
BAHRAICH: Empat individu cedera dalam pertempuran antara dua kumpulan masyarakat Islam ekoran perebutan sebuah masjid di Bahraich, Uttar Pradesh (UP), India.
Menurut laporan Times of India, polis yang tiba di tempat kejadian dan menenangkan keadaan, memulakan siasatan selepas mendaftarkan kes terhadap lapan individu dari kedua-dua belah pihak.
Selain itu, rakaman video insiden itu juga didedahkan.
Kedua-dua kumpulan orang Islam yang bermazhab Deobandi dan Barelvi itu bersemuka untuk pemilikan sebuah masjid di Gram Panchayat Achaulia di bawah bidang kuasa Balai Polis Ranipur.
Menurut penduduk kampung, pendaftaran masjid itu adalah atas nama Deobandi dan kumpulan tersebut memiliki masjid tersebut.
Bagaimanapun, ahli mazhab Barelvi turut membuat tuntutan ke atas rumah ibadat umat Islam itu.
Superintendan Polis (SP) Bahraich, Prashant Verma berkata, kes berhubung pemilikan masjid itu masih tertunda di mahkamah tinggi.
Sumber: Times of India