Connect with us

Antarabangsa

Empat atlet wanita saman, cabar penyertaan atlet trans dalam sukan wanita

Atlet wanita, Chelsea Mitchell dan tiga rakan pelari trek Connecticut menyaman Persatuan Sekolah-sekolah Connecticut dan Persidangan Atletik Interskolastik Connecticut bagi membatalkan dasar membenarkan atlet transgender bersaing dalam kategori wanita dan bukan jantina asal mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Empat atlet wanita saman, cabar penyertaan atlet trans dalam sukan wanita
Foto: Alanna Smith (kanan), Chelsea Mitchell (tengah) dan Selina Soule (kiri).
  • Empat atlet wanita menyaman Persatuan Sekolah-sekolah Connecticut dan Persidangan Atletik Interskolastik Connecticut bagi membatalkan dasar membenarkan atlet transgender bersaing dalam kategori wanita dan bukan jantina asal mereka.
  • Atlet terbabit adalah Chelsea Mitchell dan tiga rakannya iaitu Selina Soule, 20, Ashley Nicoletti, 19, dan Alanna Smith, 19. 
  • Chelsea yang berusia 20 tahun itu memperjuangkan integriti sukan wanita selepas tewas lebih 20 perlumbaan sepanjang pembabitan dalam sukan itu di sekolah menengah disebabkan dasar songsang itu.
  • “Kami berharap mahkamah akan mengisytiharkan bahawa dasar Connecticut ini melanggar Tajuk IX,” kata peguam Chelsea iaitu Matt Sharp dari Alliance Defending Freedom.

Atlet wanita, Chelsea Mitchell dan tiga rakan pelari trek Connecticut menyaman Persatuan Sekolah-sekolah Connecticut dan Persidangan Atletik Interskolastik Connecticut bagi membatalkan dasar membenarkan atlet transgender bersaing dalam kategori wanita dan bukan jantina asal mereka.

Tiga rakan Chelsea yang lain ialah Selina Soule, 20, Ashley Nicoletti, 19, dan Alanna Smith, 19,

“Saya mahu menyuarakan kisah saya serta membantu gadis lain di luar sana supaya mereka tidak perlu mengalami perkara (yang sama) ini,” kata Chelsea kepada New York post.

Atlet berusia 20 tahun itu memperjuangkan integriti sukan wanita selepas tewas lebih 20 perlumbaan sepanjang pembabitkan dalam sukan itu di sekolah menengah disebabkan dasar songsang itu.

Foto: Chelsea (kiri) bersaing dengan dua atlet transgender dalam kerjaya sekolah menengahnya, termasuk Terry Miller (tengah).

Dalam perlumbaan dengan pesaing transgender, “Ia jelas kepada semua mereka mempunyai kelebihan yang jauh lebih besar. Semua orang dapat melihatnya,” kata Chelsea.

Chelsea sendiri kehilangan dua anugerah All-New England dan empat kejohanan wanita negeri ekoran daripada pelaksanaan dasar itu.

Pada asalnya, Chelsea memfailkan aduan Tajuk IX terhadap dasar-dasar negeri tanpa mendedahkan namanya kerana bimbangkan prospek pengambilan kolej.

Tetapi menjelang tahun senior, dia nekad memfailkan tuntutan mahkamah bersama rakan-rakannya.

“Kami berharap mahkamah akan mengisytiharkan bahawa dasar Connecticut ini melanggar Tajuk IX,” kata peguam Chelsea iaitu Matt Sharp dari Alliance Defending Freedom.

“Kami meminta mahkamah untuk mengiktiraf kerosakan yang dilakukan terhadap Chelsea serta atlet-atlet lain, juga mengembalikan rekod dan kredit yang mana mereka telah bekerja keras meraihnya.”

“Akhirnya, semua ini berkenaan dengan keadilan,” kata Chelsea Mitchell menegaskan tindakannya “ini berkait dengan biologi.”

Sumber: NY Post

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *