Terkini
Dua ahli keluarga Hawari ke Nepal semalam
Dua ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU), Muhammad Hawari Hashim telah berlepas ke Kathmandu, Nepal, semalam.
- Dua ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU), Muhammad Hawari Hashim telah berlepas ke Kathmandu, Nepal, semalam.
- Mohamad Ismail, 28, yang juga adik bongsu adik Muhammad Hawari berlepas pada 8 malam bersama abang ipar, Azhar Ilias, 35, selain, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP) Haryany Mohamad.
- Azhar yang juga penjawat awam di Pulau Pinang berkata, dia menemani Mohamad Ismail, seorang OKU pendengaran, bagi menghadiri sidang media khas operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari.
- Katanya, sehingga kini keluarga mereka masih berharap Muhammad Hawari selamat dan ditemui semula.
- “Tujuan kami ke sana bagi mendapatkan perkembangan lebih dekat dan jelas berhubung status operasi SAR Hawari,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sepang: Dua ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU), Muhammad Hawari Hashim telah berlepas ke Kathmandu, Nepal, semalam.
Mohamad Ismail, 28, yang juga adik bongsu adik Muhammad Hawari berlepas pada 8 malam bersama abang ipar, Azhar Ilias, 35, selain, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP) Haryany Mohamad.
Azhar yang juga penjawat awam di Pulau Pinang berkata, dia menemani Mohamad Ismail, seorang OKU pendengaran, bagi menghadiri sidang media khas operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari.
Katanya, sehingga kini keluarga mereka masih berharap Muhammad Hawari selamat dan ditemui semula.
“Tujuan kami ke sana bagi mendapatkan perkembangan lebih dekat dan jelas berhubung status operasi SAR Hawari.
“Kami bersedia menerima sebarang kemungkinan selepas operasi SAR ditamatkan pada Selasa,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Operasi SAR Muhammad Hawari menggunakan dua dron teknologi tinggi yang bermula Sabtu lalu ditamatkan sehari lebih awal selepas dron itu bermasalah untuk menghantar gambar dan video.
Azhar berkata, sejak kehilangan Muhammad Hawari, mereka sekeluarga dimaklum perkembangan operasi menerusi sekretariat ME2023 dan reda dengan sebarang perkara yang berlaku di luar dugaan kerana semuanya ketentuan Ilahi.
“Kehadiran wakil keluarga ini akan dapat maklumat lengkap dan gambaran sebenar berhubung operasi SAR,” katanya.
Sumber: Harian Metro