Connect with us

Antarabangsa

Bakar masjid di Rajasthan, Pemimpin tempatan BJP antara empat suspek ditahan

Empat individu, termasuk seorang pemimpin tempatan dari parti politik Bharatiya Janata Party (BJP), ditahan selepas masjid di Bhadurpur, Rajasthan, dibakar pada 20 Jun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Bakar masjid di Rajasthan, Pemimpin tempatan BJP antara empat suspek ditahan
Foto: Masjid di Bhadurpur, Rajasthan, dibakar pada 20 Jun lalu.
  • Empat individu, termasuk seorang pemimpin tempatan dari parti politik Bharatiya Janata Party (BJP), ditahan selepas masjid di Bhadurpur, Rajasthan, dibakar pada 20 Jun lalu.
  • Polis membuat laporan maklumat pertama (FIR) terhadap 50 lelaki tempatan atas dakwaan perhimpunan haram dan promosi kebencian terhadap kumpulan berbeza agama.
  • Ia termasuk kesalahan dengan sengaja menyebarkan kebencian agama, menyebabkan kerosakan harta benda, ugutan jenayah dan menghina dengan tujuan mencetuskan huru-hara.
  • Menurut sumber, salah seorang tertuduh dengan nama Raman Gulati merupakan Ketua BJP bagi daerah Alwar.
  • Sambil melaungkan slogan ‘Jai Shri Ram’ dan slogan anti Muslim, kumpulan pelampau Hindu itu turut memecahkan tingkap kaca bangunan masjid tersebut.

Empat individu, termasuk seorang pemimpin tempatan dari parti politik Bharatiya Janata Party (BJP), ditahan selepas masjid di Bhadurpur, Rajasthan, dibakar pada 20 Jun lalu.

The Kashmir Walla memetik laporan The Wire berkata, pihak polis membuat laporan maklumat pertama (FIR) terhadap 50 lelaki tempatan atas dakwaan perhimpunan haram dan promosi kebencian terhadap kumpulan berbeza agama.

Ia termasuk kesalahan dengan sengaja menyebarkan kebencian agama, menyebabkan kerosakan harta benda, ugutan jenayah dan menghina dengan tujuan mencetuskan huru-hara.

Empat belas nama disebut dalam laporan itu adalah Raman Gulati, Bhavik Joshi, Raghuveer Saini, Manohar Lal Saini, Girdhari Lal Joshi, Avtar Sardar, Ratan Saini, Babulal Saini, Khusi Gurjar, Braham Muni, Subhash, Kailash, Parmod dan Manohar.

Menurut sumber, salah seorang tertuduh dengan nama Raman Gulati merupakan bekas Ketua BJP bagi daerah Alwar.

Pada 3 petang 20 Jun lalu, sekumpulan pelampau Hindu mencetuskan kebakaran pada masjid itu sehingga menyebabkan kerosakan tikar sembahyang dan langsirnya.

Sambil melaungkan slogan ‘Jai Shri Ram’ dan slogan anti Muslim, kumpulan pelampau Hindu itu turut memecahkan tingkap kaca bangunan masjid tersebut.

Sumber: The Kashmir Walla

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *