Connect with us

Terkini

Bak Kut Teh Ayam boleh diiktiraf makanan tradisi Malaysia, tapi bukan Bak Kut Teh – Timbalan Menteri

Bak Kut Teh hanya boleh disenaraikan sebagai makanan tradisi Malaysia jika makanan itu dinikmati semua rakyat Malaysia seperti Bak Kut Teh Ayam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Bak Kut Teh Ayam boleh diiktiraf makanan tradisi Malaysia, tapi bukan Bak Kut Teh – Timbalan Menteri
Foto: Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan.
  • Bak Kut Teh hanya boleh disenaraikan sebagai makanan tradisi Malaysia jika makanan itu dinikmati semua rakyat Malaysia seperti Bak Kut Teh Ayam.
  • Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata untuk makanan yang ingin disenaraikan sebagai makanan tradisional Malaysia, syarat pertama adalah boleh dinikmati semua kaum.
  • Khairul dilaporkan berkata demikian kepada Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse dalam sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat pada 7 Jun lalu yang menggesa kerajaan menjadikan nasi lemak, Bak Kut Teh dan laksa disenaraikan sebagai makanan kebangsaan Malaysia.
  • Bak Kut Teh merujuk kepada sejenis hidangan sup beserta daging rusuk (terutamanya babi) dimasak dalam herba tradisi Cina.
  • Setakat tahun ini, sebanyak 213 makanan tradisi dari pelbagai negeri dan kaum di Malaysia diiktiraf sebagai warisan negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan.

Bak Kut Teh hanya boleh disenaraikan sebagai makanan tradisi Malaysia jika makanan itu dinikmati semua rakyat Malaysia seperti Bak Kut Teh Ayam.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata untuk makanan yang ingin disenaraikan sebagai makanan tradisional Malaysia, syarat pertama adalah boleh dinikmati semua kaum.

Menurut Sin Chew Daily, Khairul dilaporkan berkata demikian kepada Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse dalam sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat pada 7 Jun lalu yang menggesa kerajaan menjadikan nasi lemak, Bak Kut Teh dan laksa disenaraikan sebagai makanan kebangsaan Malaysia.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mempersoalkan sejak bila Bak Kut Teh menjadi makanan tradisi Malaysia kerana nama Bak Kut Teh tidak ada dalam senarai sepuluh teratas atau 30 teratas popular di Malaysia.

Khairul berkata, setakat tahun ini, sebanyak 213 makanan tradisi dari pelbagai negeri dan kaum di Malaysia diiktiraf sebagai warisan negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan.

Katanya, kementerian juga menghantar pencalonan Budaya Sarapan Malaysia ke Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Mac lalu untuk disenaraikan dalam Senarai Warisan Budaya Tak Ketara Kemanusiaan (List of The Intangible Cultural Heritage of Humanity).

Bak Kut Teh merujuk kepada sejenis hidangan sup beserta daging rusuk (terutamanya babi) dimasak dalam herba tradisi Cina.

Sumber: Sin Chew Daily

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *