Terkini
Bagaimana peroleh warganegara saat tidak fasih berbahasa Melayu?
Masih ada warganegara Malaysia tidak fasih berbahasa Melayu. Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata kepincangan ini terjadi disebabkan rakyat Malaysia sendiri tidak menyanjungi bahasa kebangsaan selain merasa bangga tidak fasih untuk berbahasa Melayu.
- Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dato’ Dr. Hasan Mad berasa kecewa kerana masih ada warganegara Malaysia tidak fasih berbahasa Melayu dalam satu kenyataannya ketika majlis dialog Randau ke-17 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan di Wisma MPM pada Sabtu lalu.
- Ini berikutan daripada pengalaman beliau terserempak dengan seorang wanita cina 60-an yang tidak boleh berbahasa Melayu langsung ketika menjalani rawatan di klinik kesihatan sehingga anak wanita tersebut yang perlu menjadi penterjemah.
- Beliau hairan bagaimana seseorang yang tidak boleh berbahasa Melayu boleh mendapatkan kewarganegaraan sedangkan menurutnya, penguasaan bahasa Melayu ada kaitan dengan perlunya seseorang menjadi warganegara.
KUALA LUMPUR: Masih ada warganegara Malaysia tidak fasih berbahasa Melayu. Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata kepincangan ini terjadi disebabkan rakyat Malaysia sendiri tidak menyanjungi bahasa kebangsaan selain merasa bangga tidak fasih untuk berbahasa Melayu.
Dengan nada kecewa dan khuatir akan kepupusan bahasa Melayu di negara sendiri, Datuk Dr Hasan mempersoalkan adakah kalau bertutur dalam bahasa Melayu kita akan kelihatan seperti orang kampung.
“Kita dok laung ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ tetapi apa makna ‘Bahasa Jiwa Bangsa’?”
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu itu berkata demikian ketika majlis dialog Randau ke-17 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan di Wisma MPM.
Beliau turut berkongsi pengalamannya yang pernah terserempak dengan seorang wanita Cina 60-an yang langsung tidak boleh berbahasa Melayu ketika menjalani rawatan di klinik kesihatan sehingga anak wanita tersebut perlu menjadi penterjemah.
Situasi ini membuatkannya hairan bagaimana seseorang yang tidak boleh berbahasa Melayu boleh mendapatkan kewarganegaraan.
“Bagaimana dia boleh mendapat kewarganegaraan kalau tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu ada kaitan dengan perlunya seseorang jadi warganegara,” soal beliau.
Datuk Dr. Hasan Mad turut menyifatkan bahasa itu diibaratkan identiti nasional juga ‘maruah’ dan kedaulatan negara.
Justeru beliau menggesa kesemua peserta yang hadir dalam sessi dialog tersebut bangkit agar gelombang Gerakan Nasional 152 dapat dicetuskan sebagai penggerak utama bagi melindungi dan memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Datuk Dr Hasan akhiri dialognya dengan satu kenyataan berani berbunyi, “Kita bukan sekadar berani mencuit sahaja, tetapi berani juga menjentik.”- The Merdeka Times