Connect with us

Antarabangsa

Bagaimana kebuluran di Afrika boleh dipulihkan?

Benua Afrika sudah tidak asing lagi dengan masalah kebuluran dan kekurangan bekalan makanan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 37 daripada 54 negara di Benua Afrika mengalami kelaparan pada tahap “serius” atau lebih tinggi. – Indeks Kelaparan Global (GHI) 2022.
  • Ada beberapa langkah yang jika diambil bersama mampu membawa benua kedua terbesar itu mencapai Sifar Kebuluran.
  • Antara langkahnya ialah memulihkan kekurangan zat makanan, menambah baik ladang dan akses air bersih, serta menamatkan segera konflik yang sedang berlaku.

Benua Afrika sudah tidak asing lagi dengan masalah kebuluran dan kekurangan bekalan makanan.

Laporan Indeks Kelaparan Global (GHI) 2022 menunjukkan 37 daripada 54 negara di benua itu mengalami kelaparan pada tahap “serius” atau lebih tinggi.

Masalah itu sekaligus mengakibatkan ramai kanak-kanak di sana maut akibat penyakit berpunca dari kekurangan zat makanan

Walaupun tiada satu langkah khusus untuk mengatasi masalah itu, namun ada beberapa langkah yang jika diambil bersama mampu membawa benua kedua terbesar itu mencapai sifar kebuluran.

Memetik laporan Concern Worldwide, langkah pertama perlu diambil ialah memulihkan kekurangan zat makanan sebagai penyelesaian jangka pendek.

Kekurangan zat makanan merupakan kes yang paling buruk di negara itu dan ia perlu diatasi dahulu untuk mengelakkan krisis kelaparan daripada meruncing menjadi kebuluran

Selain itu, ladang-ladang di negara itu perlu ditambah baik memandangkan rakyatnya bergantung kepada tanah untuk makanan dan juga pendapatan mereka.

Ini termasuk memberi latihan, akses kepada air bersih, alatan, benih dan wang tunai untuk mereka mengekalkan ladang keluarga mereka.

Bagi penyelesaian jangka sederhana panjang, perkhidmatan air dan sanitasi perlu ditambah baik.

Masalah bekalan air bersih juga membawa impak besar kepada tahap kelaparan dan kekurangan zat makanan memandangkan air sangat penting untuk mereka mengekalkan tanaman dan ternakan

Lebih penting lagi, ia juga mengurangkan risiko cirit-birit dan penyakit bawaan air yang lain, sekaligus memantapkan tahap tubuh mereka menyerap khasiat makanan.

Sebagai penyelesaian jangka panjang, konflik benua itu perlu ditamatkan segera.

Akademi Geneva merekodkan lebih daripada 35 konflik bersenjata yang sedang berlaku di seluruh benua, termasuk Burkina Faso, Ethiopia, Mozambique dan Somalia,

Negara lain yang tidak berperang pula masih terdedah kepada keganasan dan ketidakstabilan secara teknikal.

Menyelesaikan konflik mungkin adalah hasrat yang terlalu tinggi, namun hubung kait antara konflik dan kelaparan tidak dapat dipertikaikan memandangkan satu krisis tidak mampu ditamatkan tanpa menamatkan krisis yang lain.

Islam mensyariatkan ibadah korban pada hari raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik bagi memupuk sikap peduli dan prihatin terhadap masyarakat.

Perkara itu jelas melalui pengagihan daging korban kepada golongan yang berhak menerimanya, khususnya fakir miskin dan yang memerlukan.

Selain itu, ibadah korban juga bertujuan untuk mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta ke jalan yang Allah SWT.

Bersempena Aidiladha hujung bulan ini, Mercy Mission Malaysia bekerjasama dengan Imam Development Program (IDP) membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyertai Program MyQurban 2023 di Benua Afrika.

Ibadah itu akan dilakukan di lapan negara Afrika dengan hanya RM500 bagi seekor kambing dan tempahan korban boleh dibuat melalui pautan MyQurban – The Merdeka Times

Sumber: Concern Worldwide

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *