Connect with us

Antarabangsa

Akibat tayang dada di khalayak, aktivis Transgender diharamkan dari Rumah Putih

Tiga tetamu acara Pride di Rumah Putih, termasuk aktivis transgender Rose Montoya yang menayangkan ‘buah dadanya’ kepada khalayak, diharamkan dari sebarang acara di Rumah Putih pada masa akan datang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Akibat tayang dada di khalayak, aktivis Transgender diharamkan dari Rumah Putih
Foto: Aktivis transgender, Rose Montoya.
  • Tiga tetamu acara Pride di Rumah Putih, termasuk aktivis transgender Rose Montoya yang menayangkan ‘buah dadanya’ kepada khalayak, diharamkan dari sebarang acara di Rumah Putih di masa akan datang.
  • Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karine Jean-Pierre menyifatkan tindakan itu sebagai ‘tidak boleh diterima’ dan ‘tidak adil’.
  • Jean-Pierre menyebut berkata “individu-individu dalam video itu tidak akan dijemput dalam sebarang acara yang akan datang”.
  • Menjawab pengkritiknya di TikTok, dia mempersoal mengapa penampakan dadanya itu salah, bilamana ia tidak begitu ketika dia seorang lelaki dahulu.

Tiga tetamu acara Pride di Rumah Putih, termasuk aktivis transgender Rose Montoya yang menayangkan ‘buah dadanya’ kepada khalayak, diharamkan dari sebarang acara di Rumah Putih pada masa akan datang.

Ia ekoran video tular dimuat naik Montoya, pelakon dan model transgender, bersama dua lelaki trans memperlihatkan dada mereka di halaman Rumah Putih.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karine Jean-Pierre menyifatkan tindakan itu sebagai ‘tidak boleh diterima’ dan ‘tidak adil’.

Memetik laporan BBC, Jean-Pierre berkata, “individu-individu dalam video itu tidak akan dijemput dalam sebarang acara yang akan datang.

“Tingkah laku ini tidak sesuai dan (dikira) tidak menghormati acara di Rumah Putih. Ia tidak mencerminkan acara yang dianjurkan untuk meraikan keluarga LGBTQI+ atau ratusan tetamu lain yang hadir,” katanya.

Setakat ini, majlis itu merupakan acara Pride yang meraikan kelompok songsang LGBTQ terbesar anjuran Rumah Putih dengan ratusan tetamu jemputan.

Menjawab tohmahan ramai, Montoya berkata tindakan mendedahkan buah dadanya itu tidak menyalahi undang-undang.

Menjawab pengkritiknya di TikTok, dia mempersoalkan mengapa penampakan dadanya itu salah, bilamana ia tidak begitu ketika dia seorang lelaki dahulu.

Sumber: BBC

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *