Connect with us

Antarabangsa

45 beg berisi mayat ditemui polis Mexico di dalam gaung

Sebanyak 45 lima beg berisi keratan anggota badan manusia ditemukan di pinggir bandar raya Mexico, Guadalajara, semasa gerakan mencari tujuh pemuda yang hilang, kata pendakwa raya lewat Rabu, lapor Agensi Berita Jerman.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

45 beg berisi mayat ditemui polis Mexico di dalam gaung
Foto: Sebanyak 45 lima beg berisi keratan anggota badan manusia ditemukan di pinggir bandar raya Mexico, Guadalajara, semasa gerakan mencari tujuh pemuda yang hilang.
  • Sebanyak 45 lima beg berisi keratan anggota badan manusia ditemukan di pinggir bandar raya Mexico, Guadalajara, semasa gerakan mencari tujuh pemuda yang hilang, kata pendakwa raya lewat Rabu, lapor Agensi Berita Jerman.
  • Pejabat pendakwa negeri Jalisco berkata, pegawai sedang menyiasat kehilangan tujuh pekerja pusat panggilan dari dua ladang di kawasan Zapopan, apabila mereka menemukan beg pertama yang mengandungi keratan anggota badan manusia, pada Selasa.
  • Mangsa terdiri daripada lelaki dan wanita, manakala beg yang berisi keratan anggota badan mereka dibuang ke dalam gaung sedalam 40 meter.
  • Pihak berkuasa berkata, belum dapat dipastikan sama ada mayat yang ditemukan itu milik pekerja yang hilang minggu lepas dan akan meneruskan siasatan di tapak itu sehingga semua mayat ditemukan.

Mexico City: Sebanyak 45 lima beg berisi keratan anggota badan manusia ditemukan di pinggir bandar raya Mexico, Guadalajara, semasa gerakan mencari tujuh pemuda yang hilang, kata pendakwa raya lewat Rabu, lapor Agensi Berita Jerman.

Pejabat pendakwa negeri Jalisco berkata, pegawai sedang menyiasat kehilangan tujuh pekerja pusat panggilan dari dua ladang di kawasan Zapopan, apabila mereka menemukan beg pertama yang mengandungi keratan anggota badan manusia, pada Selasa.

Mangsa terdiri daripada lelaki dan wanita, manakala beg yang berisi keratan anggota badan mereka dibuang ke dalam gaung sedalam 40 meter.

Pihak berkuasa berkata, belum dapat dipastikan sama ada mayat yang ditemukan itu milik pekerja yang hilang minggu lepas dan akan meneruskan siasatan di tapak itu sehingga semua mayat ditemukan.

Setakat ini 45 beg ditemukan.

Mexico dibelenggu keganasan yang meruncing sejak perang dadah tercetus pada hujung 2006.

Menurut perangkaan rasmi pada 2022, seramai 31,936 orang terbunuh di Mexico yang mempunyai penduduk kira-kira 126 juta.

Sebahagian besar keganasan di negara ini membabitkan kartel dan kumpulan samseng, dengan beberapa daripadanya mempunyai kaitan dengan pasukan keselamatan.

Kebanyakan jenayah juga tidak pernah diselesaikan di Mexico.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *