Connect with us

Antarabangsa

41 tahanan wanita maut rusuhan di penjara

Rusuhan teruk yang berlaku di penjara Honduras, Amerika Tengah telah menyebabkan 41 tahanan wanita maut dan kebanyakan mereka mati terbakar .

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

41 tahanan wanita maut rusuhan di penjara
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rusuhan teruk yang berlaku di penjara Honduras, Amerika Tengah telah menyebabkan 41 tahanan wanita maut dan kebanyakan mereka mati terbakar .
  • Menurut jurucakap agensi penyiasatan polis Honduras, terdapat laporan menunjukkan banduan yang ditembak dan ditikam di Penjara Tamara, kira-kira 50 kilometer di barat laut Honduras Tegucigalpa.
  • Malah tujuh banduan wanita kini dirawat di Hospital Tegucigalpa susulan terkena tembakan.
  • Bagaimanapun kesemua mereka stabil dan dibenarkan keluar hospital dalam masa terdekat.
  • Presiden Xiomara Castro berkata, rusuhan berkenaan telah dirancang oleh kumpulan Maras yang sering mengamuk dan mencetuskan huru-hara ketika berada dalam tahanan.

TEGUCIGALPA – Rusuhan teruk yang berlaku di penjara Honduras, Amerika Tengah telah menyebabkan 41 tahanan wanita maut dan kebanyakan mereka mati terbakar .

Menurut jurucakap agensi penyiasatan polis Honduras, terdapat laporan menunjukkan banduan yang ditembak dan ditikam di Penjara Tamara, kira-kira 50 kilometer di barat laut Honduras Tegucigalpa.

Malah tujuh banduan wanita kini dirawat di Hospital Tegucigalpa susulan terkena tembakan.

Bagaimanapun kesemua mereka stabil dan dibenarkan keluar hospital dalam masa terdekat.

Seorang banduan yang cedera di luar hospital berkata, banduan Kumpulan Barrio 18, yang ditakuti banduan lain telah menceroboh sel.

Sementara itu, Presiden Xiomara Castro berkata, rusuhan berkenaan telah dirancang oleh kumpulan Maras yang sering mengamuk dan mencetuskan huru-hara ketika berada dalam tahanan.

“Kami akan mengambil tindakan drastik untuk tangani masalah ini,” kata Castri menerusi catatan di laman sosial medianya.

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *