Antarabangsa
300 kuliah dalam pelbagai bahasa untuk jemaah haji
300 kuliah pendidikan dan pelajaran Fiqah akan disiarkan melalui platform Manarat Al-Haramain sempena musim haji.
- 300 kuliah pendidikan dan pelajaran Fiqah akan disiarkan melalui platform Manarat Al-Haramain.
- Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bekerjasama dengan Majlis Ulama Kanan untuk menjayakan inisiatif itu.
- Program yang akan disertai ramai ahli majlis, imam dan pendakwah dari dua nasjid suci itu menyasarkan sehingga 1,000 jam penyiaran digital dalam 10 bahasa sepanjang musim haji tahun ini.
- Perkhidmatan terjemahan, bimbingan ruang dan sesi soal jawab dalam 51 bahasa juga diwujudkan di 49 lokasi dalam Masjidil Haram dan 23 lokasi dalam Masjid Nabawi.
300 kuliah pendidikan dan pelajaran Fiqah akan disiarkan melalui platform Manarat Al-Haramain sempena musim haji.
Memetik laporan BNN, Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bekerjasama dengan Majlis Ulama Kanan untuk menjayakan program pendidikan itu.
Inisiatif itu selaras dengan matlamat untuk meningkatkan pengalaman haji secara keseluruhan dan menyediakan sumber untuk jemaah mendalami ilmu agama.
Program yang akan disertai ramai ahli majlis, imam dan pendakwah dari dua masjid suci itu menyasarkan sehingga 1,000 jam penyiaran digital dalam 10 bahasa sepanjang musim haji tahun ini.
Bagi memudahkan komunikasi dan penglibatan, Presidensi juga mengatur perkhidmatan terjemahan, bimbingan ruang dan sesi soal jawab dalam 51 bahasa.
Perkhidmatan itu boleh didapati di 49 lokasi dalam Masjidil Haram dan 23 lokasi dalam Masjid Nabawi.
Jemaah haji akan berpeluang untuk mendapatkan penjelasan dan pemahaman lebih mendalam mengenai hal agama dan menerima bimbingan disesuaikan dengan keperluan linguistik mereka.
Usaha mewujudkan akses dalam pelbagai bahasa itu adalah bukti komitmen mereka terhadap keterangkuman dan memenuhi keperluan jemaah yang terdiri dari pelbagai masyarakat antarabangsa.
Sumber: BNN