Antarabangsa
22 rakyat Palestin ditahan, Israel serbu Tebing Barat
Dua rakyat Palestin cedera dan 22 lagi ditahan dalam serbuan tentera pengganas Israel di Tebing Barat yang diduduki pada Isnin, menurut NGO tempatan.
- Dua rakyat Palestin cedera dan 22 lagi ditahan dalam serbuan tentera pengganas Israel di Tebing Barat yang diduduki pada Isnin, menurut NGO tempatan.
- Tentera Israel menyerbu bandar Dayr al-Ghusun dan Anabta berhampiran bandar Tulkarem di utara Tebing Barat, sekaligus mencetuskan pertempuran dengan penduduk tempatan, lapor agensi berita Palestin, Wafa.
- Dua rakyat Palestin cedera akibat ditembak tentera haram Israel, manakala puluhan yang lain mengalami sesak nafas akibat serangan gas pemedih mata.
- Sementara itu, NGO Persatuan Tahanan Palestin berkata, 22 rakyatnya turut ditahan tentera pengganas Israel, termasuk 15 individu di bandar Al-Mughayer, timur bandar Ramallah.
- “Pekan itu berada di bawah kepungan tentera Israel sejak 24 hari lalu,” tambah NGO itu dalam satu kenyataan.
RAMALLAH – Dua rakyat Palestin cedera dan 22 lagi ditahan dalam serbuan tentera pengganas Israel di Tebing Barat yang diduduki pada Isnin, menurut NGO tempatan.
Tentera Israel menyerbu bandar Dayr al-Ghusun dan Anabta berhampiran bandar Tulkarem di utara Tebing Barat, sekaligus mencetuskan pertempuran dengan penduduk tempatan, lapor agensi berita Palestin, Wafa.
Dua rakyat Palestin cedera akibat ditembak tentera haram Israel, manakala puluhan yang lain mengalami sesak nafas akibat serangan gas pemedih mata.
Sementara itu, NGO Persatuan Tahanan Palestin berkata, 22 rakyatnya turut ditahan tentera pengganas Israel, termasuk 15 individu di bandar Al-Mughayer, timur bandar Ramallah.
“Pekan itu berada di bawah kepungan tentera Israel sejak 24 hari lalu,” tambah NGO itu dalam satu kenyataan.
Tiada maklum balas segera dikeluarkan tentera Israel mengenai laporan itu.
Tentera Israel kerap melakukan kempen penangkapan di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki dengan alasan untuk mencari rakyat Palestin yang dikehendaki.
Menurut angka Palestin, Israel kini menahan kira-kira 4,800 tahanan Palestin.
Sumber: Ismaweb