Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Zionisme bertentangan agama Yahudi – Rabbi Yahudi

Agama Yahudi tidak menerima Zionisme, demikian kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss selaku Jurucakap Neturei Karta Amerika Syarikat (AS).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Zionisme bertentangan agama Yahudi – Rabbi Yahudi
Foto: Tangkap layar Rabbi Yisroel Dovid Weiss menerusi video di laman Instagram Middle East Eye.

Agama Yahudi tidak menerima Zionisme, demikian kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss selaku Jurucakap Neturei Karta Amerika Syarikat (AS).

Menerusi video di laman Instagram Middle East Eye, rabbi itu menjelaskan bagaimana Zionisme adalah tidak selari dengan ajaran agama Yahudi.

Judaism (agama Yahudi) adalah ketundukan kepada Tuhan. Zionisme adalah transformasi kepada negara yang asas. Ia benar-benar tidak selari, ia bertentangan dengan Judaism kita.

“Dalam setiap aspek Zionisme, ia bercanggah, ia berdasarkan blasphemy (merendahkan agama)” katanya.

Dia juga menyebut bagaimana perlakuan keganasan Zionis membunuh, menindas dan mencederakan manusia adalah suatu perkara yang tidak patut diterima sebagai seorang Yahudi.

“Ini bertentangan dengan  (kitab) Taurat kita,” tambahnya.

Dalam pada itu, dia berpendapat yang tindakan Yahudi datang ke Palestin dan menghalau rakyatnya adalah satu jenayah kerana mereka pada dasarnya tidak dibenarkan mempunyai sebuah negara.

“Mereka mula membeli tanah itu kerana orang Arab dan Islam diberitahu yang orang Yahudi hanya ingin membeli sebidang tanah.

“Mereka (Arab) jauh sekali menyangka bahawa mereka (Yahudi) bercita-cita untuk mencipta tanah mereka sendiri”.

Menurutnya, orang Arab menghentikan penjualan sebaik sahaja menyedari hasrat itu, namun disusuli dengan tragedi Deir Yassin iaitu pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin pada 1948.

“Rabbi Beck memberitahu saya dan para Rabbi lain bahawa mereka sebak apabila bercakap tentang Deir Yassin, betapa mesranya orang Arab dan Muslim, dan tidak terkata apabila Zionis masuk dan membunuh mereka,” katanya.

Sumber: Instagram Middle East Eye

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *