Connect with us

Antarabangsa

Wanita Pertama Turkiye sambut baik draf resolusi Islamofobia PBB

Istilah Islamophobia dimasukkan dalam draft resolusi berikutan inisiatif Wakil Tetap Turkiye yang dicadangkan kepada Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Wanita Pertama Turkiye sambut baik draf resolusi Islamofobia PBB
Foto: Emine Erdogan (kiri) dan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres (kanan).
  • Istilah Islamophobia dimasukkan dalam draft resolusi berikutan inisiatif Wakil Tetap Turkiye dicadangkan kepada Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
  • Emine Erdogan, berkata, keputusan itu akan mempercepatkan usaha memerangi jenayah dilakukan secara terbuka terhadap penganut agama Islam.
  • Kemasukan istilah Islamophobia dalam draf resolusi UNESCO mengenai diskriminasi dan perkauman langkah positif untuk semua masyarakat Islam dan masyarakat pada umumnya. 

ANKARA – Istilah Islamophobia dimasukkan dalam draft resolusi berikutan inisiatif Wakil Tetap Turkiye yang dicadangkan kepada Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Emine Erdogan, menerusi ciapan di Twiter berkata, keputusan itu akan mempercepatkan usaha memerangi jenayah yang dilakukan secara terbuka terhadap penganut agama Islam.

Kemasukan istilah “Islamophobia” dalam draf resolusi UNESCO mengenai diskriminasi dan perkauman adalah langkah positif untuk semua masyarakat Islam dan masyarakat pada umumnya, kata Wanita Pertama Turki pada hari Jumaat, lapor Anadolu Agency.

“Saya berharap keadilan dan toleransi akan diterapkan dalam persekitaran di mana negara yang dilihat sebagai pusat demokrasi dan kebebasan berdiam diri terhadap peningkatan kebencian dan diskriminasi,” tambahnya.

Turkiye mengambil langkah konkrit untuk menangani isu Islamofobia di peringkat global dan pakar menyatakan bahawa negara itu boleh memimpin orang lain dengan menginstitusikan memerangi masalah itu.

Para pegawai Turkiye terus menerus menyeru para pemimpin dunia untuk mengambil tindakan untuk menghentikan perbuatan jahat terhadap umat Islam dan telah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah yang semakin meningkat.

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *