Terkini
Visual bedilan meriam ‘DIY’ dimuat naik media cina: Sambutan raya atau perang?
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, Oriental Daily News memuat naik satu video yang menunjukkan penduduk di Kampung Talang, Kuala Kangsar, menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan bedilan meriam “DIY”.
- Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, Oriental Daily News memuat naik satu video yang menunjukkan penduduk di Kampung Talang, Kuala Kangsar, menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan bedilan meriam “DIY”.
- Video itu mendapat perhatian netizen kerana muzik latarnya yang menyeramkan seperti berperang.
- Ada netizen mempersoalkan tujuan media cina itu menggunakan muzik sedemikian yang boleh memberikan gambaran negatif.
- “Jika ada media berita Melayu yang memuat naik video membakar mercun sempena sembahan Datuk Kong atau Tahun Baru Cina disertakan dengan muzik latar pelik dan menakutkan, apa pandangan anda?” – Kolumnis China Press
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, Oriental Daily News memuat naik satu video yang menunjukkan penduduk di Kampung Talang, Kuala Kangsar, menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan bedilan meriam “DIY”.
Difahamkan, budaya bedilan meriam sempena Hari Raya Aidilfitri merupakan tradisi di kampung itu semenjak tahun 30-an.
Namun video itu dikatakan mendapat perhatian netizen kerana muzik latarnya yang menyeramkan seperti berperang.
Ada netizen mempersoalkan tujuan media cina itu menggunakan muzik sedemikian yang boleh memberikan gambaran negatif.
“Macam perang. Amitabha.”
“Kenapa bgm (muzik latar) macam cerita seram. Meriam je, bukan The Purge. (Apa yang cuba disampaikan)”
“Bgm (muzik latar) ini kalau tidak disertakan dengan sari kata, orang akan salah faham”
Menurut seorang kolumnis di China Press, “muzik latar sedemikian akan menyebabkan salah faham antara kaum, dan memperdalamkan salah faham orang bukan Melayu terhadap orang Melayu. Sesetengah orang akan mula mengaitkan unsur negatif dengan agama, ekstremisme, jihad, keganasan dan sebagainya. Ini akan mewujudkan lebih banyak salah faham.”
Kolumnis itu juga bertanya, “Jika ada media berita Melayu yang memuat naik video membakar mercun sempena sembahan Datuk Kong atau Tahun Baru Cina disertakan dengan muzik latar pelik dan menakutkan, apa pandangan anda?”
Sumber: Oriental Daily News