Connect with us

Antarabangsa

Ulama, paderi perlu daftar pangkalan data rasmi ahli agama di China

Kerajaan komunis China melancarkan pangkalan data dalam talian dan sistem pengesahan untuk ulama Islam, paderi Katolik dan Protestan, yang mana pihak berkuasa mendakwa bertujuan menangani tindakan penipuan ‘ahli agama palsu.’

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ulama, paderi perlu daftar pangkalan data rasmi ahli agama di China
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan komunis China melancarkan pangkalan data dalam talian dan sistem pengesahan untuk ulama Islam, paderi Katolik dan Protestan, yang mana pihak berkuasa mendakwa bertujuan menangani tindakan penipuan ‘ahli agama palsu.’
  • Menurut laporan UCA News, sistem yang terdiri daripada pangkalan data dalam talian dengan maklumat penting mengenai paderi dan ulama itu dilancarkan pada 23 Mei lalu.
  • Pangkalan data serupa dilancarkan untuk sami Buddha dan Tao pada Februari lalu.
  • Kerajaan China berkata pangkalan data itu adalah daftar rasmi tokoh agama daripada komuniti agama yang boleh diakses warganya.
  • Kumpulan hak asasi manusia seperti ChinaAid yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menyatakan kebimbangan langkah itu adalah satu lagi percubaan kawalan kerajaan ke atas agama dan kumpulan agama di China.

Kerajaan komunis China melancarkan pangkalan data dalam talian dan sistem pengesahan untuk ulama Islam, paderi Katolik dan Protestan, yang mana pihak berkuasa mendakwa bertujuan menangani tindakan penipuan ‘ahli agama palsu.’

Menurut laporan UCA News, sistem yang terdiri daripada pangkalan data dalam talian dengan maklumat penting mengenai paderi dan ulama itu dilancarkan pada 23 Mei lalu.

Sebelum ini, pangkalan data serupa dilancarkan untuk sami Buddha dan Tao pada Februari lalu.

Kerajaan China berkata pangkalan data itu adalah daftar rasmi tokoh agama daripada komuniti agama. 

Ia boleh diakses warga China untuk mengesahkan identiti dan kedudukan individu berdaftar.

Ia mengandungi tujuh jenis maklumat termasuk nama, jantina, foto, agama, denominasi agama dan nombor pendaftaran.

Pangkalan data itu juga boleh dikemas kini dari semasa ke semasa oleh badan-badan agama diperakui kerajaan seperti Persatuan Patriotik Katolik China dan Persatuan Islam China dan Pentadbiran Hal Ehwal Agama Negeri, badan tertinggi Parti Komunis China (PKC) yang ditugaskan untuk mengawasi hal ehwal agama.

Agensi berita Xinhua melaporkan pangkalan data dalam talian baharu ini adalah alat yang berguna untuk “mengekalkan aturan agama normal dan menjaga penularan sihat” kandungan agama.

Ia juga akan membantu penganut Cina dari komuniti kepercayaan berbeza untuk mengenal pasti sami, imam, paderi, pastor dan uskup “palsu”, dan “dengan itu melindungi kepentingan awam, hak dan kepentingan rakyat yang sah”.

Agensi itu mendakwa baru-baru ini terdapat beberapa kes melibatkan sami palsu yang didakwa cuba membuat keuntungan kewangan melalui penipuan.

Dengan berbuat demikian, pelaku “mencemarkan nama baik komuniti agama, sambil mengganggu ketenteraman awam, merosakkan kesihatan, sumber ekonomi dan harta benda rakyat dengan kesan sosial yang sangat negatif,” katanya.

Kumpulan hak asasi manusia seperti ChinaAid yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menyatakan kebimbangan langkah itu adalah satu lagi percubaan kawalan kerajaan ke atas agama dan kumpulan agama di China.

Sumber: UCA News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *