Terkini
Trump nafi tuduhan rogol, anggap Carroll sakit mental
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menyifatkan individu yang mendakwanya dengan tuduhan rogol sebagai sakit mental menerusi rakaman video yang dimainkan untuk juri dalam perbicaraan sivil serangan seksual dan fitnah terhadapnya.
- Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menyifatkan individu yang mendakwanya dengan tuduhan rogol sebagai sakit mental menerusi rakaman video yang dimainkan untuk juri dalam perbicaraan sivil serangan seksual dan fitnah terhadapnya.
- “Dia seorang penipu dan benar-benar sakit. Saya rasa dia sakit, sakit mental,” katanya merujuk bekas kolumnis Amerika, E Jean Carroll.
- Beliau membuat kenyataan itu pada Oktober ketika memberi keterangan dalam tuntutan mahkamah Carroll terhadapnya.
- Ketika memberi keterangan, Trump mengulangi dakwaannya bahawa beliau tidak tahu siapa Carroll dan mengulangi beberapa kali komen yang dibuatnya sebelum ini dan mengatakannya wanita itu sebagai ‘she’s not my type’.
NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menyifatkan individu yang mendakwanya dengan tuduhan rogol sebagai sakit mental menerusi rakaman video yang dimainkan untuk juri dalam perbicaraan sivil serangan seksual dan fitnah terhadapnya.
“Dia seorang penipu dan benar-benar sakit. Saya rasa dia sakit, sakit mental,” katanya merujuk bekas kolumnis Amerika, E Jean Carroll.
Beliau membuat kenyataan itu pada Oktober ketika memberi keterangan dalam tuntutan mahkamah Carroll terhadapnya.
Tahun lalu, Carroll menyaman Trump dengan mendakwa bekas presiden itu merogolnya di sebuah gedung beli-belah New York pada pertengahan 1990-an.
Selain itu, Carroll juga mendakwa Trump memfitnahnya apabila menuduhnya berbohong selepas mendedahkan dakwaan itu pada 2019.
Trump berulang kali dan bersungguh-sungguh menafikan dakwaan itu dan tidak pernah didakwa secara jenayah ke atasnya.
Ketika memberi keterangan, Trump mengulangi dakwaannya bahawa beliau tidak tahu siapa Carroll dan mengulangi beberapa kali komen yang dibuatnya sebelum ini dan mengatakannya wanita itu sebagai ‘she’s not my type’.
Dalam pada itu, peguam Trump, berkata bekas pemimpin AS itu tidak akan mengambil pendirian di mahkamah ketika perbicaraan.
Lebih 10 wanita tampil mendakwa Trump melakukan salah laku seksual menjelang Pilihan Raya Presiden 2016.
Antaranya ialah bekas ahli perniagaan Jessica Leeds yang memberi keterangan dalam tuntutan mahkamah Carroll, Trump menyerangnya secara seksual di dalam pesawat pada tahun 1970-an.
Trump berulang kali menafikan semua dakwaan serangan seksual dan tidak pernah didakwa secara jenayah atas sebarang tuntutan sedemikian.
Dalam saman itu, Carroll menuntut ganti rugi yang tidak ditentukan dan meminta Trump menarik balik komennya.
Kes itu adalah antara beberapa cabaran undang-undang yang dihadapi Trump, ketika anggota Republikan berusia 76 tahun itu berusaha untuk kembali ke Rumah Putih dalam pilihan raya tahun depan.
Bulan lalu, beliau mengaku tidak bersalah dalam kes jenayah yang berkaitan dengan pembayaran dibuat kepada bintang lucah sejurus sebelum pengundian 2016.
Trump juga sedang disiasat berhubung usahanya membatalkan kekalahannya dalam pilihan raya 2020 di negeri selatan Georgia, dakwaan beliau salah mengendalikan dokumen sulit yang diambil dari Rumah Putih dan penglibatannya dalam menyerbu Capitol AS oleh penyokongnya pada 6 Januari 2021. – AFP
Sumber: Berita Harian