Antarabangsa
Trump enggan beri keterangan perbicaraan rogol, fitnah
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menolak untuk memberi keterangan pada perbicaraan sivil untuk mencabar dakwaan dirogol dan fitnah pada 1990-an yang dibuat oleh penulis E Jean Carroll.
- Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menolak untuk memberi keterangan pada perbicaraan sivil untuk mencabar dakwaan dirogol dan fitnah pada 1990-an yang dibuat oleh penulis E Jean Carroll.
- Peguam Trump, Joseph Tacopina memberitahu hakim, Trump mengetepikan haknya untuk memberi keterangan dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Manhattan dan memilih untuk tidak mengemukakan pembelaan dalam kes itu, menjadikan juri akan mendapati bahawa Carroll gagal membuat kes persuasif.
- Bagaimanapun, Tacopina enggan memberi sebarang maklum balas.
- Selepas juri meninggalkan mahkamah pada hari Khamis, Hakim Daerah AS, Lewis Kaplan meminta Tacopina memaklumkan Trump bahawa dia mempunyai masa sehingga jam 5 petang Ahad (waktu tempatan) untuk memberitahu mahkamah bahawa dia berhasrat memberi keterangan.
NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menolak untuk memberi keterangan pada perbicaraan sivil untuk mencabar dakwaan dirogol dan fitnah pada 1990-an yang dibuat oleh penulis E Jean Carroll.
Peguam Trump, Joseph Tacopina memberitahu hakim, Trump mengetepikan haknya untuk memberi keterangan dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Manhattan dan memilih untuk tidak mengemukakan pembelaan dalam kes itu, menjadikan juri akan mendapati bahawa Carroll gagal membuat kes persuasif.
Bagaimanapun, Tacopina enggan memberi sebarang maklum balas.
Selepas juri meninggalkan mahkamah pada hari Khamis, Hakim Daerah AS, Lewis Kaplan meminta Tacopina memaklumkan Trump bahawa dia mempunyai masa sehingga jam 5 petang Ahad (waktu tempatan) untuk memberitahu mahkamah bahawa dia berhasrat memberi keterangan.
Kaplan kemudian menjadualkan hujah penutup daripada kedua-dua pihak pada hari ini.
Carroll, 79, memfailkan samannya tahun lalu terhadap Trump, 76, yang didakwa merogolnya di bilik persalinan di gedung Bergdorf Goodman di Manhattan pada 1995 dan 1996 serta kemudian memfitnahnya dengan menafikan perkara itu berlaku.
Bekas kolumnis nasihat majalah Elle itu sedang menuntut ganti rugi kewangan yang tidak ditentukan.
Sebaliknya, Trump, yang berkhidmat sebagai presiden dari 2017 hingga 2021 dan menjadi pendahulu untuk pencalonan presiden AS daripada Parti Republikan pada 2024, berkata Carroll membuat dakwaan untuk memacu penjualan memoir 2019nya sekali gus menafikan dakwaan itu.
“Ia adalah cerita yang paling tidak masuk akal dan menjijikkan. Ia hanya dibuat-buat,” kata Trump dalam video itu ketika peguam Carroll membentangkan dokumen kepadanya.
Sumber: Berita Harian