Antarabangsa
TikToker Indonesia makan kulit babi baca bismillah didakwa persenda Islam
Pempengaruh aplikasi TikTok, Lina Mukherjee disiasat Polis Indonesia atas dakwaan menghina agama Islam dengan memakan kulit babi sambil menyebut kalimah Allah.

- Lina Mukherjee disiasat atas dakwaan menghina agama Islam dengan memakan kulit babi sambil menyebut kalimah Allah.
- Penentuan dakwaannya akan mengikut prosedur dan undang-undang negara.
- Tiga pakar dalam bidang maklumat dan transaksi elektronik bahasa serta undang-undang jenayah dipanggil untuk menganalisis kandungan video Lina.
- Suspek yang hadir di balai polis dengan ditemani dua pembantunya enggan mengulas ketika ditemuramah wartawan.
- Lina yang beragama Islam didakwa makan kulit babi menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok dan Instagram @linamukherjee_ dengan bacaan bismillah.
PALEMBANG – Pempengaruh aplikasi TikTok, Lina Mukherjee disiasat Polis Indonesia atas dakwaan menghina agama Islam dengan memakan kulit babi sambil menyebut kalimah Allah.
Pengarah Siasatan Jenayah Khas Polis Wilayah Sumatera Selatan, Komisioner Agung Marlianto berkata penentuan dakwaannya akan mengikut prosedur dan undang-undang negara.
Agung menjelaskan polis turut memanggil tiga pakar dalam bidang maklumat dan transaksi elektronik bahasa serta undang-undang jenayah untuk menganalisis kandungan video yang dimuat naik Lina.
Wanita Indonesia itu yang memakai baju hijau dan seluar putih hadir di balai polis dengan ditemani dua pembantunya enggan mengulas ketika ditemuramah wartawan.
Lina didakwa menghina agama Islam menerusi kandungan video yang dimuat naik di laman TikTok dan Instagram @linamukherjee_.
Dalam video berdurasi lebih lima minit itu, Lina mengakui dia seorang Muslim yang sengaja makan kulit babi kerana didorong rasa ingin tahu mengenai rasanya didahulukan dengan bacaan bismillah.
Sumber: Detik News
