Connect with us

Antarabangsa

TikTok susun senarai pengguna tonton kandungan LGBT

TikTok menyusun senarai pengguna yang menonton kandungan LGBT pada aplikasinya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

TikTok susun senarai pengguna tonton kandungan LGBT
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • TikTok menyusun senarai pengguna yang menonton kandungan LGBT pada aplikasinya.
  • Menurut bekas pekerja The Wall Street Journal, pengguna TikTok yang menonton kandungan LGBT dimasukkan dalam senarai yang boleh dilihat kakitangan TikTok yang diberi kuasa bagi tujuan pemahaman trend platform itu.
  • Pengguna boleh dikenal pasti daripada nombor ID mereka, iaitu nombor yang diberikan kepada setiap pengguna TikTok apabila mereka mula menonton video pada aplikasi popular itu.

TikTok menyusun senarai pengguna yang menonton kandungan LGBT pada aplikasinya.

Menurut bekas pekerja The Wall Street Journal, pengguna TikTok yang menonton kandungan LGBT dimasukkan dalam senarai boleh dilihat kakitangan TikTok yang diberi kuasa bagi tujuan pemahaman trend platform itu.

Menurut laporan PC Mag, pengguna boleh dikenal pasti daripada nombor ID mereka, iaitu nombor yang diberikan kepada setiap pengguna TikTok apabila mereka mula menonton video pada aplikasi popular itu.

Dalam laporannya, The Wall Street Journal menyatakan perkara itu mengambil masa “sekurang-kurangnya setahun” dan ia dilakukan untuk memahami trend dan mencari cara meningkatkan penglibatan pengguna pada platform. 

TikTok memberitahu The Wall Street Journal bahawa “menjaga privasi dan keselamatan orang yang menggunakan TikTok adalah salah satu keutamaan kami.”

Dalam pada itu, jurucakap aplikasi video popular itu berkata TikTok “tidak mengenal pasti maklumat yang berpotensi sensitif seperti orientasi seksual atau kaum bagi pengguna berdasarkan apa yang mereka pilih untuk ditonton”.

Selain itu, TikTok juga tidak “menyimpulkan maklumat sedemikian”. 

Jurucakap itu menambah, data dikumpul semata-mata mewakili minat pengguna dan “tidak semestinya melambangkan identiti seseorang”.

Malah, TikTok juga mempunyai ‘protokol’ untuk memastikan data sensitif hanya boleh dilihat pekerja yang diberi kuasa sebelum pemadaman data.

Sumber: PC Mag

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *