Antarabangsa
Tiga aktivis LGBT didapati bersalah serang van anti-LGBT di Poland
Tiga aktivis LGBT dijatuhkan hukuman atas peranan mereka dalam serangan ke atas van yang memaparkan dan menyiarkan mesej anti-LGBT di Warsaw.
- Tiga aktivis LGBT dijatuhkan hukuman kerja komuniti atas peranan mereka dalam serangan ke atas van yang memaparkan dan menyiarkan mesej anti-LGBT di Warsaw.
- Menurut laporan NFP, tuduhan pra-perbicaraan salah seorang aktivis, yang dikenali sebagai Margot, mendorong bantahan besar-besaran oleh penyokong pada 2020.
- Insiden dimaksudkan itu berlaku pada Jun tahun sama, apabila ketiga-tiga mereka menyerang sebuah van digunakan kumpulan konservatif, Fundacja Pro, untuk menunjukkan imej dan slogan mengaitkan LGBT dengan pedofilia.
- Ketiga-tiga suspek iaitu Margot, Paweł Sz. dan Zuzanna M., yang nama keluarganya dirahsiakan di bawah undang-undang privasi Poland didakwa pada 2021 atas jenayah hooliganisme, serangan dan kerosakan harta benda.
- Mahkamah daerah di Warsaw mendapati ketiga-tiga mereka bersalah dan menjatuhkan hukuman kerja komuniti setahun bagi Margot, 11 bulan (Paweł Sz.), dan enam bulan (Zuzanna M) selain denda pada Ahad lalu.
Tiga aktivis LGBT dijatuhkan hukuman atas peranan mereka dalam serangan ke atas van yang memaparkan dan menyiarkan mesej anti-LGBT di Warsaw.
Menurut laporan NFP, tuduhan pra-perbicaraan salah seorang aktivis, dikenali sebagai Margot, mendorong bantahan besar-besaran oleh penyokong pada 2020.
Insiden dimaksudkan itu berlaku pada Jun tahun sama, apabila ketiga-tiga mereka menyerang sebuah van digunakan kumpulan konservatif, Fundacja Pro, untuk menunjukkan imej dan slogan mengaitkan LGBT dengan pedofilia.
Ketiga-tiga suspek iaitu Margot, Paweł Sz. dan Zuzanna M., yang nama keluarganya dirahsiakan di bawah undang-undang privasi Poland didakwa pada 2021 atas jenayah hooliganisme, serangan dan kerosakan harta benda.
Mahkamah daerah di Warsaw mendapati ketiga-tiga mereka bersalah dan menjatuhkan hukuman kerja komuniti setahun bagi Margot, 11 bulan bagi Paweł Sz., dan enam bulan (Zuzanna M) pada Ahad lalu (21 Mei 2023).
Margot dan Paweł Sz. diarahkan untuk membetulkan kerosakan yang mereka lakukan dengan membayar Fundacja Pro 6,000 zloty (RM6,574.91).
Mereka juga perlu membayar individu yang terkilan dalam kes itu, iaitu Jan B. dan Łukasz K., dengan bayaran masing-masing 5,000 zloty (RM5,477.31) dan 3,000 zloty (RM3,286.39).
Dalam menjatuhkan hukuman yang masih boleh dirayu, Hakim Aleksandra Smyk menyatakan tidak ada keraguan mengenai identiti pelaku kerana insiden itu dirakam dalam filem kamera.
Beliau berkata walaupun orang ramai mempunyai hak untuk menyatakan pandangan, mereka mesti berada dalam batas undang-undang jika ingin berbuat sedemikian.
Semasa hukuman dikeluarkan, penyokong aktivis itu secara lisan bertelagah di luar mahkamah bersama ketua Fundacja Pro, Mariusz Dzierżawski, yang meletakkan salah satu van anti-LGBT di jalanan.
Insiden pada 2020 berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak berhubung isu LGBT di Poland.
Parti Undang-undang dan Keadilan (PiS) konservatif nasional dan calonnya untuk pilihan raya presiden tahun itu, Andrzej Duda berkempen menentang apa yang mereka panggil “ideologi LGBT”.
Sebagai tindak balas, beberapa aktivis LGBT membalas, termasuk dengan menggantung bendera pelangi di monumen di sekitar Warsaw.
Sumber: NFP