Connect with us

Terkini

Tiada tindakan terhadap ‘along’ punca besar kepala, merasa kebal – Musa Hassan

Tiada tindakan terhadap kumpulan peminjam wang ‘along’ menyebabkan mereka dilihat semakin besar kepala dan berasa kebal di negara ini. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Tiada tindakan terhadap ‘along’ punca besar kepala, merasa kebal – Musa Hassan
Foto: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
  • Tiada tindakan terhadap kumpulan peminjam wang ‘along’ menyebabkan mereka dilihat semakin besar kepala dan merasa kebal di negara ini. 
  • “Bagi saya kerana mereka ini tadi tidak diambil tindakan itu pasal mereka macam semua itu (besar kepala)… Kalau mereka dikawal diambil tindakan tiadalah mereka bertindak sedemikian,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • PDRM perlu mengenal pasti mereka terlibat dalam insiden lima kenderaan penduduk di Taman Sri Keramat Tengah dirosakkan dan menerima surat ugutan, termasuk konco-konco along yang merosakkan harta benda masyarakat.
  • Tindakan tegas dan langkah pencegahan melalui Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) boleh dikenakan terhadap along berikutan mereka berkemungkinan terbabit dengan kumpulan kongsi gelap.

KUALA LUMPUR — Tiada tindakan terhadap kumpulan peminjam wang ‘along’ menyebabkan mereka dilihat semakin besar kepala dan berasa kebal di negara ini. 

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata sekiranya kumpulan ini dikawal dan diambil tindakan, mereka tidak akan berani membuat jenayah mahupun khianat kepada peminjam (mangsa) atau orang lain.

“Bagi saya kerana mereka ini tadi tidak diambil tindakan, itu pasal mereka macam semua itu (besar kepala)… Kalau mereka dikawal diambil tindakan tiadalah mereka bertindak sedemikian,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Musa berkata demikian ketika mengulas insiden membabitkan lima kenderaan penduduk di Taman Sri Keramat Tengah dirosakkan dan menerima surat ugutan daripada individu disyaki along.

Insiden itu didakwa berlaku berikutan salah seorang di kejiranan tersebut gagal membayar hutang kepada kumpulan terbabit.

Mengulas lanjut, Musa berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengenal pasti mereka terlibat dalam insiden itu, termasuk konco-konco along yang merosakkan harta benda masyarakat.

Katanya, tindakan tegas dan langkah pencegahan melalui Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) juga boleh dikenakan terhadap along berikutan mereka berkemungkinan terbabit dengan kumpulan kongsi gelap.

“Kerana bagi saya inilah kebiasaan dilakukan sindiket (along) jadi pihak kita juga perlu mengambil tindakan pencegahan berkemungkinan mereka ini terlibat kongsi gelap. 

“Jadi langkah pencegahan yang boleh diambil gunakanlah undang-undang POCA kerana dia (along) melakukan kesalahan nombor satu ugutan jenayah, yang kedua adalah khianat merosakkan harta benda jadi kumpulan-kumpulan ini perlu dikenal pasti dan ditangkap,” katanya 

Menurut Musa, menerusi POCA kumpulan ini boleh ditahan dan dikenakan tindakan seperti dibuang daerah mahupun pemulihan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *