Antarabangsa
Tesla mungkin buka kilang di India
Tesla berminat untuk memanfaatkan insentif tempatan di India dalam pembuatan kereta dan bateri ketika perbincangan dengan pegawai kerajaan minggu ini.
- Tesla berminat untuk memanfaatkan insentif tempatan di India dalam pembuatan kereta dan bateri ketika perbincangan dengan pegawai kerajaan minggu ini.
- Sumber berkata, pembuat kereta elektrik itu bercadang membuka kilang di India untuk pembinaan kenderaan elektrik (EV), selain turut membincangkan rancangan untuk mengeluarkan bateri EV di negara berkenaan.
- Cadangan itu dibuat selepas perbincangan di antara Tesla dan India menemui jalan buntu tahun lalu, berhubung permintaan pembuat kereta itu untuk menurunkan cukai import ke atas kereta, yang boleh mencapai sehingga 100 peratus.
NEW DELHI: Tesla berminat untuk memanfaatkan insentif tempatan di India dalam pembuatan kereta dan bateri ketika perbincangan dengan pegawai kerajaan minggu ini.
Sumber berkata, pembuat kereta elektrik itu bercadang membuka kilang di India untuk pembinaan kenderaan elektrik (EV), selain turut membincangkan rancangan untuk mengeluarkan bateri EV di negara berkenaan.
Cadangan itu dibuat selepas perbincangan di antara Tesla dan India menemui jalan buntu tahun lalu, berhubung permintaan pembuat kereta itu untuk menurunkan cukai import ke atas kereta, yang boleh mencapai sehingga 100 peratus.
India mahu pembuat kereta itu membina kenderaan di dalam negara tetapi Tesla mahu menguji pasaran terlebih dahulu dengan mengeksport.
Sementara itu, rakyat Australia mula membeli EV dalam jumlah yang besar dan keadaan itu membuatkan kerajaan cuba mempercepat penggunaan kereta mesra alam.
Bagaimanapun penggiat industri berkata, pemasangan kenderaan elektrik dengan pantas untuk memenuhi permintaan bukan sesuatu langkah mudah.
Permintaan tinggi rakyat Australia terhadap kenderaan mesra alam meningkatkan permintaan kepada kenderaan elektrik mendapat rangsangan bulan lalu, selepas kerajaan mengumumkan rancangan untuk menetapkan piawaian pelepasan kenderaan, untuk membantu memperbaiki kekurangan EV.
Bagaimanapun kemudahan pengecasan masih kurang di AustrLI, menurut data Agensi Tenaga Antarabangsa, menjadi penghalang kepada pembelian EV secara besar-besaran. – Agensi
Sumber: Berita Harian