Connect with us

Terkini

Teliti semula pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah yang ‘melelahkan’ guru – Penyelidik Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran menambah baik dan membuat penelitian semula terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dilihat tidak berkesan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Teliti semula pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah yang 'melelahkan' guru – Penyelidik Pendidikan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran menambah baik dan membuat penelitian semula terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dilihat tidak berkesan.
  • Saranan itu dikemukakan penyelidik pendidikan, Dr Anuar Ahmad susulan semakin ramai guru mengeluh dengan pelaksanaan PBD yang disifatkan melelahkan dengan hasil yang masih belum pasti.
  • Antara penambahbaikan PBD dicadangkan adalah mengecilkan bilangan murid setiap kelas, memudahkan cara kerja guru untuk PBD, kongsikan data PBD kepada ibu bapa dan fokus kepada intervensi murid.
  • “Kalau lihat sekolah kita, nak taksir murid secara berkesan macam mana kalau satu kelas ada 40 orang murid. Kalau guru ada 5 kelas, 200 murid. 
  • “Maksudnya guru kena pantau dan teliti sekurang kurangnya (200x 6 tahap penguasaan = 1200 penyataan PBD). Guru juga mesti mengajar silibus yang banyak. Mana nak kawal kelas lagi. Empatilah pada cikgu,” katanya dalam hantaran di Facebook.

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran menambah baik dan membuat penelitian semula terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dilihat tidak berkesan.

Saranan itu dikemukakan penyelidik pendidikan, Dr Anuar Ahmad susulan semakin ramai guru mengeluh dengan pelaksanaan PBD yang disifatkan melelahkan dengan hasil belum pasti.

Beliau berkata secara teori PBD dilihat sebagai satu sistem penilaian baik, tetapi bukan pelaksanaannya.

Antara penambahbaikan PBD dicadang adalah mengecilkan bilangan murid setiap kelas, memudahkan cara kerja guru untuk PBD, kongsikan data PBD kepada ibu bapa dan fokus kepada intervensi murid.

“Jadi bila KPM laksanakan PBD, sepatutnya langkah pertama ialah pastikan dulu bilangan murid adalah sesuai untuk PBD. Tak boleh main ‘sumbat’ sahaja sebab tengok negara lain berjaya buat PBD.

“Kalau lihat sekolah kita, nak taksir murid secara berkesan macam mana kalau satu kelas ada 40 orang murid. Kalau guru ada 5 kelas, 200 murid. 

“Maksudnya guru kena pantau dan teliti sekurang kurangnya (200x 6 tahap penguasaan = 1200 penyataan PBD). Guru juga mesti mengajar silibus yang banyak. Mana nak kawal kelas lagi. Empatilah pada cikgu,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Anuar juga berkata PBD akan berkesan sekiranya rubrik PBD tidak diberikan terlalu banyak di peringkat awal, seperti melaksanakan rubrik PBD tahun satu yang ringkas dan mudah.

Selain memberikan autonomi penuh kepada guru yang berada di dalam kelas untuk melakukan pentaksiran PBD sebagaimana ia dilaksanakan di United Kingdom (UK), Finland atau Australia dalam membina pentaksiran PBD mereka.

“Eloklah kita faham bahawa PBD adalah satu pentaksiran berterusan, jadi tak perlu nak ‘rushing’. PBD perlukan ketelitian dalam mentaksir. Kena telus, tekal dan data yg boleh dipercayai supaya intervensi dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Tak ada faedahnya kalau ada mana-mana pihak yang berniat nak ‘bersilap mata’ data TP (Tahap Penguasaan). Itupun kalau ada. Harapnya tidak ada yang berniat begitu.

“Pelaksanaan PBD pakejnya adalah enam tahun untuk sekolah rendah, bukan setahun-setahun secara terpisah. Jadi gred/data TP tujuannya hanya untuk intervensi. Bukan untuk penilaian akhir atau rumusan,” katanya.

Tujuan PBD adalah untuk melihat perkembangan atau kemajuan pencapaian murid-murid, berikutan itu data PBD sangat penting untuk rujukan guru dan ibu bapa.

Manakala, data laporan PBD untuk rujukan PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) dan JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) sepatutnya bersifat laporan intervensi bukannya data ‘mentah’ laporan pencapaian murid, kata Anuar.

PPD, JPN dan KPM juga diingatkan untuk meneliti dan membuat kajian terhadap laporan intervensi PBD disediakan pihak sekolah selain melihat usaha dan kreativiti sekolah mahupun guru yang melaksanakan intervensi. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Anuar Ahmad

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *