Connect with us

Terkini

Teknologi AI tidak mungkin ganti tugas wartawan secara menyeluruh

Teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dianggarkan berupaya menggantikan tugas manusia tidak mungkin boleh mengambil alih pekerjaan manusia secara keseluruhannya terutama dalam bidang kewartawanan.

Wartawan TMT

Published

on

Teknologi AI tidak mungkin ganti tugas wartawan secara menyeluruh
Foto: Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris (kiri) dan Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Kamaruddin Mape (kanan).
  • Teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dianggarkan berupaya menggantikan tugas manusia tidak mungkin boleh mengambil alih pekerjaan manusia secara keseluruhannya terutama dalam bidang kewartawanan.
  • Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah Namanzee Harris berkata manusia mempunyai keistimewaan untuk membuat penilaian serta pertimbangan yang bersifat keinsanan dan perkara itu tidak dimiliki oleh AI.
  • “Kebolehupayaan teknologi AI barangkali akan menyebabkan sesuatu perkara itu menjadi efektif dan keputusan untuk lebih efektif barangkali diprogramkan (oleh manusia). Jadi saya berpendirian, tidak mungkin mesin boleh mengambil tugas manusia seluruhnya,” katanya pada program Jendela Fikir edisi Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 terbitan Bernama Radio dengan topik Revolusi Penyiaran Malaysia, ASEAN dan Dunia, hari ini yang turut disertai Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd Kamaruddin Mape. 

KUALA LUMPUR: Teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dianggarkan berupaya menggantikan tugas manusia tidak mungkin boleh mengambil alih pekerjaan manusia secara keseluruhannya terutama dalam bidang kewartawanan.

Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah Namanzee Harris berkata manusia mempunyai keistimewaan untuk membuat penilaian serta pertimbangan yang bersifat keinsanan dan perkara itu tidak dimiliki oleh AI.

Justeru, katanya industri media dan wartawan sendiri perlu memahami teknologi AI secepat mungkin untuk membantu serta memudahkan mereka melaksanakan tugas masing-masing.

“Kebolehupayaan teknologi AI barangkali akan menyebabkan sesuatu perkara itu menjadi efektif dan keputusan untuk lebih efektif barangkali diprogramkan (oleh manusia). Jadi saya berpendirian, tidak mungkin mesin boleh mengambil tugas manusia seluruhnya.

“Pembelajaran mesin adalah diprogramkan oleh kita (manusia), jadi mereka terhad di dalam reaksi kepada situasi. Tetapi manusia diberikan akal fikiran untuk membuat penilaian mana yang baik mana yang buruk, jadi kita masih lagi superior,” katanya. 

Namanzee berkata demikian pada program Jendela Fikir edisi Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 terbitan Bernama Radio dengan topik Revolusi Penyiaran Malaysia, ASEAN dan Dunia, hari ini yang turut disertai Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd Kamaruddin Mape. 

Sementara itu, Kamaruddin berkata industri media konvensional perlu menyahut cabaran dalam mendepani ledakan media sosial ketika ini dengan menjadikannya sebagai penyuntik semangat untuk lebih maju ke hadapan seiring dengan teknologi semasa.

Katanya media arus perdana masih menjadi rujukan bagi mendapatkan bahan berita yang sahih meskipun terkesan dengan media sosial yang membolehkan maklumat diakses daripada pelbagai saluran.

“Kita anggap ini (cabaran media sosial) satu yang positif dan kita perlu lebih maju daripada media sosial dan masyarakat juga faham untuk membezakan integriti penyiaran (media konvensional) dan media sosial, jadi kelebihan masih dekat media arus perdana,” katanya.

Sambutan HAWANA 2023 bakal diadakan di Ipoh, Perak dari 27 hingga 29 Mei ini dengan mengangkat tema ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ untuk memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dalam menjalankan tugas mereka.

HAWANA 2023 akan diisi dengan pelbagai aktiviti seperti forum media melibatkan wartawan dari negara ASEAN, karnival mini, pertandingan mencari harta karun serta boling dan majlis kemuncak akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Mei. 

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional dan ia dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Sumber: AlHijrah Online

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenapa kerajaan gelojoh gadaikan 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing? – Radzi Jidin

Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Dr Radzi Jidin mempersoalkan tindakan Kerajaan Madani yang dilihat ‘gelojoh’ hendak menjual 30 peratus saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat asing yang membabitkan kepentingan aset strategik negara.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin.
  • Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Dr Radzi Jidin mempersoalkan tindakan Kerajaan Madani yang dilihat ‘gelojoh’ hendak menjual 30 peratus saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat asing yang membabitkan kepentingan aset strategik negara.
  • Radzi berkata MAHB bukan sebuah syarikat yang rugi dan bermasalah, sebaliknya MAHB mencatatkan keuntungan RM543 juta dengan jumlah tunai di dalam akaun RM1.845 billion untuk tahun kewangan 2023.
  • Beliau berkata melihat kepada potensi pertumbuhan sektor pelancongan di seluruh dunia, MAHB mempunyai ruang cukup luas untuk mencatatkan pertumbuhan keuntungan lebih baik.
  • Hakikatnya, aset logistik, khususnya di Asia, menjadi buruan pelbagai pihak. Apatah lagi kedudukan geografi Malaysia yang amat strategik. 
  • “Jadi, ketika mana kita tahu semua pihak ingin mencari peluang memiliki aset strategik di rantau ini, mengapa Kerajaan begitu gelojoh ingin menggadaikan blok 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing?,” kata Radzi dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
  • “Apa yang paling mencurigakan dan tidak masuk akal adalah apabila Kerajaan sanggup mengambil risiko disumpah seranah oleh rakyat kerana dalam waktu dan ketika saudara kita di Palestin ditindas oleh Israel, Kerajaan menjual kepentingan dalam MAHB kepada GIP yang dimiliki oleh BlackRock yang dikatakan pro-Israel!
  • “Apakah terdapat faktor yang jauh lebih besar menyebabkan Kerajaan sanggup secara terbuka menunjukkan sikap tidak sensitif terhadap apa yang berlaku di Palestin?,” kata Radzi.
  • Beliau menggesa Kerajaan, melalui  Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), membatalkan tawaran sukarela prasyarat yang dibuat Gateway Development Alliance (GDA).

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Dr Radzi Jidin mempersoalkan tindakan Kerajaan Madani yang dilihat ‘gelojoh’ hendak menjual 30 peratus saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat asing yang membabitkan kepentingan aset strategik negara.

Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, MAHB bukan sebuah syarikat yang rugi dan bermasalah, sebaliknya MAHB mencatatkan keuntungan RM543 juta dengan jumlah tunai di dalam akaun RM1.845 billion untuk tahun kewangan 2023.

Beliau berkata melihat kepada potensi pertumbuhan sektor pelancongan di seluruh dunia, MAHB mempunyai ruang cukup luas untuk mencatatkan pertumbuhan keuntungan lebih baik.

Hakikatnya, aset logistik, khususnya di Asia, menjadi buruan pelbagai pihak. Apatah lagi kedudukan geografi Malaysia yang amat strategik. 

“Jadi, ketika mana kita tahu semua pihak ingin mencari peluang memiliki aset strategik di rantau ini, mengapa Kerajaan begitu gelojoh ingin menggadaikan blok 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing?

“Jika diambil beberapa contoh negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam, syarikat yang menguruskan  lapangan terbang di negara tersebut dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan atau dimiliki sebahagian besarnya oleh Kerajaan tanpa  diberikan satu blok saham yang besar kepada syarikat asing.

“Jadi di mana rasionalnya keputusan menggadaikan blok 30 peratus saham MAHB ini? Kalau hendak dikatakan MAHB membebankan,  tentunya tidak. Untung MAHB pada tahun 2023 adalah RM543 juta  dengan tunai di tangan sebanyak RM1.845 billion,” kata Radzi dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Radzi berkata MAHB juga mempunyai pengalaman cukup panjang dan kedudukan kewangan baik, termasuk menguruskan Istanbul Sabiha Gökçen International Airport di Turkiye sekiranya hendak dikatakan MAHB tiada kepakaran.

Katanya, jika syarikat itu memerlukan kepakaran sekalipun, tidak bolehkah sekiranya ia diperolehi tanpa menggadaikan 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing.

Katanya, situasi itu jelas menunjukkan tiada keperluan mendesak untuk menjual blok 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing. 

“Siapa sebenarnya yang  akan mendapat manfaat dan mengaut keuntungan daripada urus  niaga ini?

“Apa yang paling mencurigakan dan tidak masuk akal adalah apabila Kerajaan sanggup mengambil risiko disumpah seranah oleh rakyat kerana dalam waktu dan ketika saudara kita di Palestin ditindas oleh Israel, Kerajaan menjual kepentingan dalam MAHB kepada GIP yang dimiliki oleh BlackRock yang dikatakan pro-Israel!

“Apakah terdapat faktor yang jauh lebih besar menyebabkan Kerajaan sanggup secara terbuka menunjukkan sikap tidak sensitif terhadap apa yang berlaku di Palestin?,” katanya.

Radzi  berkata adalah jelas tiada keperluan mendesak bagi kerajaan menyah senaraikan MAHB untuk diberikan blok 30 peratus saham kepada syarikat asing. 

Justeru, beliau menggesa supaya Kerajaan, melalui  Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), membatalkan tawaran sukarela prasyarat yang dibuat Gateway Development Alliance (GDA).

Pada 15 Mei lalu, GDA dan pemegang sahamnya (Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat untuk mengambil alih semua saham dalam MAHB yang belum dimiliki Konsortium berkenaan, pada harga tawaran RM11.00 bagi setiap saham yang bersamaan dengan RM18.4 billion.

Konsortium itu diterajui dua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan Malaysia – Khazanah menerusi anak syarikat milik penuhnya, UEM Group Berhad (UEMG), KWSP, anak syarikat milik penuh Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan dana diuruskan Global Infrastructure Partners (GIP) salah satu pelabur infrastruktur terkemuka dunia dengan pengalaman memiliki dan menguruskan lapangan terbang.

Apabila tawaran itu selesai sepenuhnya, Khazanah dilaporkan akan meningkatkan pemilikannya dalam MAHB daripada 33.2 peratus kepada 40 peratus, manakala KWSP daripada 7.9 peratus kepada 30 peratus.

Secara kolektif, pelabur Malaysia akan memiliki 70 peratus saham MAHB, manakala ADIA dan GIP akan memiliki baki 30 peratus. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending