Connect with us

Terkini

Tarik balik rayuan bukan libatkan penggunaan kalimah Allah – Saifuddin

Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bukan membabitkan penggunaan kalimah Allah, sebaliknya ia melibatkan isu perundangan sivil dan pentadbiran iaitu berkaitan rampasan bahan penerbitan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Tarik balik rayuan bukan libatkan penggunaan kalimah Allah – Saifuddin
Foto: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bukan membabitkan penggunaan kalimah Allah, sebaliknya ia melibatkan isu perundangan sivil dan pentadbiran iaitu berkaitan rampasan bahan penerbitan.
  • Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini berikutan keputusan mahkamah pada 10 Mac 2021 itu dibuat bukan bersandarkan dari sudut teologi mahupun apa jua melibatkan penggunaan kalimah Allah.
  • “Oleh itu, KDN mengambil langkah mengkaji dan mengemaskini satu arahan lebih menyeluruh bagi menangani isu penggunaan kalimah ‘Allah’, ‘Baitullah’, ‘Solat’ dan ‘Kaabah’.
  • “Ia adalah supaya perkara itu selari dengan kepentingan dan kemaslahatan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia serta penyeliaan dan kawalan lebih berkesan terhadap bahan-bahan penerbitan yang menyalahi peruntukan perundangan yang berkuatkuasa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Sambutan Hari Raya Jabatan Imigresen Malaysia di sini hari ini.
  • Semalam media melaporkan KDN mengemukakan nota kepada Jemaah Menteri mengenai keputusan menarik balik rayuan membabitkan kes itu beberapa bulan lalu yang menimbulkan polemik dan persoalan ramai tentang isu penggunaan kalimah Allah.

PUTRAJAYA — Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bukan membabitkan penggunaan kalimah Allah, sebaliknya ia melibatkan isu perundangan sivil dan pentadbiran iaitu berkaitan rampasan bahan penerbitan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini berikutan keputusan mahkamah pada 10 Mac 2021 itu dibuat bukan bersandarkan dari sudut teologi mahupun apa jua melibatkan penggunaan kalimah Allah.

Katanya, fungsi mahkamah itu sendiri juga tidak bersesuaian untuk memutuskan hal ehwal berkaitan agama secara spesifik.

Keputusan itu juga didapati turut konsisten dengan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur lawan Menteri Dalam Negeri pada tahun 2014.

“Bersangkutan hal ini, keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan permohonan rayuan tersebut adalah dibuat mengikut case-by-case basis; tanpa menjejaskan fakta bagi setiap satu kes yang sedang dalam tindakan mahkamah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Sambutan Hari Raya Jabatan Imigresen Malaysia di sini hari ini.

Semalam media melaporkan KDN mengemukakan nota kepada Jemaah Menteri mengenai keputusan menarik balik rayuan membabitkan kes itu beberapa bulan lalu.

Saifuddin berkata pendirian kementerian itu adalah menghormati, memperakui dan menerima pakai ketetapan enakmen negeri-negeri dan titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 7 Feb 2023 yang menzahirkan agar dasar sedia ada berhubung isu penggunaan kalimah Allah dikekalkan.

Beliau berkata sewaktu proses permohonan rayuan tersebut berjalan, pihak kementerian turut memperhalusi dengan teliti keputusan mahkamah yang mendapati terdapat percanggahan antara keputusan dibuat Kabinet pada 19 Mei 1986 dan Arahan Pentadbiran yang kemudiannya dikeluarkan KDN pada 5 Disember 1986.

“Oleh itu, KDN mengambil langkah mengkaji dan mengemaskini satu arahan lebih menyeluruh bagi menangani isu penggunaan kalimah ‘Allah’, ‘Baitullah’, ‘Solat’ dan ‘Kaabah’.

“Ia adalah supaya perkara itu selari dengan kepentingan dan kemaslahatan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia serta penyeliaan dan kawalan lebih berkesan terhadap bahan-bahan penerbitan yang menyalahi peruntukan perundangan yang berkuatkuasa,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *