Terkini
Sidang Dun: 17 notis tutup pusat judi haram dikeluarkan MBK
Sebanyak 17 notis tutup permis telah dilakukan oleh pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dalam operasi pemutihan terhadap pusat judi haram setakat suku pertama tahun ini.

- Sebanyak 17 notis tutup permis telah dilakukan oleh pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dalam operasi pemutihan terhadap pusat judi haram setakat suku pertama tahun ini.
- Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Johari Harun berkata operasi pemutihan ini dijalankan dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
- “Majlis Bandar Raya Kuantan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia telah mengadakan operasi pemutihan terhadap pusat judi haram di sekitar Kuantan termasuk menutup premis yang tidak berlesen.
- “Di sini, saya nyatakan data pemutihan tersebut untuk suku pertama tahun 2023 iaitu bilangan operasi sebanyak 22 kali; Notis Tutup Premis sebanyak 17 notis; Kompaun sebanyak 7 kompaun dikeluarkan; dan sita sebanyak 107 tablet,” katanya.
KUANTAN : Sebanyak 17 notis tutup permis telah dilakukan oleh pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dalam operasi pemutihan terhadap pusat judi haram setakat suku pertama tahun ini.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Johari Harun berkata operasi pemutihan ini dijalankan dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
“Majlis Bandar Raya Kuantan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia telah mengadakan operasi pemutihan terhadap pusat judi haram di sekitar Kuantan termasuk menutup premis yang tidak berlesen.
“Di sini, saya nyatakan data pemutihan tersebut untuk suku pertama tahun 2023 iaitu bilangan operasi sebanyak 22 kali; Notis Tutup Premis sebanyak 17 notis; Kompaun sebanyak 7 kompaun dikeluarkan; dan sita sebanyak 107 tablet,” katanya.
Menurut beliau lagi, Kerajaan Negeri Pahang juga telah memudahkan prosedur pembaharuan lesen perniagaan sebagai tanda keprihatinan dengan situasi semasa ekonomi setempat dengan menggugurkan dua daripada empat syarat yang asal iaitu salinan resit bayaran bil elektrik dan bil air.
“Justeru, hanya salinan resit bayaran cukai tanah dan cukai taksiran sahaja yang perlu dikemukakan,” katanya.
Mengulas mengenai Garis Panduan Pembangunan Di Kawasan Sempadan Hijau Negeri Pahang ia telah di kuatkuasa mulai November tahun lepas.
Kerajaan Negeri Pahang menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang bersempena pembukaan penggal ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 telah menyeru semua agensi dan jabatan di Negeri Pahang agar meningkatkan kefahaman dan pelaksanaan berkenaan persekitaran, sosial dan tadbir urus (E-S-G).
“Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pahang ke-4/2021 pada 3 November 2021 telah meluluskan inisiatif sempadan hijau negeri dalam jajaran 500 meter antara sempadan Negeri Pahang dengan Negeri Terengganu, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Johor. Perkara ini juga telah dizahirkan melalui Garis Panduan Pembangunan Di Kawasan Sempadan Hijau Negeri Pahang yang telah berkuatkuasa mulai November 2022.
Garis panduan ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Rundingan Kertas Kerja Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) Bagi Kawasan Tanah Tinggi Cameron Highlands-Kinta-Lojing (CEKAL) Ke-6 pada jam 9.30 pagi tadi di PLANMalaysia, Putrajaya oleh Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini.
Sumber: Pahang Media
