Antarabangsa
Serangan terbaru di Gaza ekoran kematian Khader
Rejim zionis semalam memulakan kembali serangan udara dan berbalas tembakan dengan pejuang Gaza susulan lonjakan keganasan ekoran kematian tahanan Palestin akibat mogok lapar ketika dalam tahanan Israel.
- Rejim zionis semalam memulakan kembali serangan udara dan berbalas tembakan dengan pejuang Gaza susulan lonjakan keganasan ekoran kematian tahanan Palestin akibat mogok lapar ketika dalam tahanan Israel.
- Tentera berkata Gaza diserang menggunakan ‘kereta kebal’ dan ia adalah tindak balas kepada bedilan roket Palestin yang mencetuskan serangan baharu.
- Pasukan bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, berkata pihaknya bertindak balas dengan membedil beberapa roket.
- Kes berbalas serangan itu berlaku ekoran kematian Khader Adnan, 45, selepas hampir tiga bulan ditahan di Tebing Barat susulan hubungannya dengan kumpulan pejuang Islam.
- Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh, menyifatkan kematian Khader sebagai ‘pembunuhan yang disengajakan’.
GAZA: Rejim zionis semalam memulakan kembali serangan udara dan berbalas tembakan dengan pejuang Gaza susulan lonjakan keganasan ekoran kematian tahanan Palestin akibat mogok lapar ketika dalam tahanan Israel.
Tentera berkata, Gaza diserang menggunakan ‘kereta kebal’ dan ia adalah tindak balas kepada bedilan roket Palestin yang mencetuskan serangan baharu.
Sumber keselamatan dan saksi Palestin pula berkata, rejim zionis petang semalam, membuat serangan udara ke atas Gaza dan menyasarkan beberapa lokasi, termasuk milik pejuang Hamas.
Pasukan bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, berkata pihaknya bertindak balas dengan membedil beberapa roket.
Kes berbalas serangan itu berlaku ekoran kematian Khader Adnan, 45, selepas hampir tiga bulan ditahan di Tebing Barat susulan hubungannya dengan kumpulan pejuang Islam.
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh, menyifatkan kematian Khader sebagai ‘pembunuhan yang disengajakan’.
Beliau mendakwa Israel membunuh Khader ‘apabila menolak permintaan untuk dibebaskan, mengabaikan aspek perubatan dan menahannya di dalam sel, walaupun mengalami masalah kesihatan serius’.
Rejim zionis berkata, berita kematian Khader disusuli bedilan tiga roket oleh pejuang dari Gaza, manakala 22 roket dilepaskan sebagai serangan balas tembakan kereta kebal milik Israel.
Menurut Hamas dan kumpulan Jihad Islam dalam kenyataan bersama, berkata bedilan roket itu adalah ‘tindak balas awal’ bagi kematian Khader.
Sementara itu, perkhidmatan kecemasan Magen David Adom, berkata tiga mangsa cedera akibat terkena serpihan di Sderot, berhampiran sempadan Gaza. – AFP
Sumber: Berita Harian