Terkini
Semua parti dalam Kerajaan Perpaduan tak layan sebarang cubaan sabotaj kerajaan – PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih yakin dengan kesepaduan Kerajaan Perpaduan ketika ini yang semakin kukuh berbanding pada ketika mula mengambil alih kerajaan.

- Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih yakin dengan kesepaduan Kerajaan Perpaduan ketika ini yang semakin kukuh berbanding pada ketika mula mengambil alih kerajaan.
- Perdana Menteri berkata, ketika awal pertukaran kerajaan, bermacam-macam percubaan menggagalkannya termasuk menerusi perakuan sumpah (SD) dan sebagainya.
- “Ketua parti baik Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), GPS, GPRS, parti besar bagi komitmen yang sangat jelas.
- “Pengukuhan menerusi perhimpunan semalam jelas bahawa sekurang-kurangnya untuk bertahun akan datang ini, tidak ada lagi layanan terhadap percubaan untuk sabotaj kerajaan yang ada,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih yakin dengan kesepaduan Kerajaan Perpaduan ketika ini yang semakin kukuh berbanding pada ketika mula mengambil alih kerajaan.
Perdana Menteri berkata, ketika awal pertukaran kerajaan, bermacam-macam percubaan menggagalkannya termasuk menerusi perakuan sumpah (SD) dan sebagainya.
“Saya lebih yakin , sebagaimana kita lihat Konvensyen Kerajaan Perpaduan semalam, yang telah menetapkan satu bentuk kerajaan yang kukuh.
“Pada peringkat awal saya ambil itu macam-macam percubaan, SD dan sebagainya dan sampai kepada Yang Dipertuan Agong dan sultan-sultan.
“Tapi bila beberapa bulan berlalu, nampak lebih kemas. Dalam sistem politik demokrasi, siapa pun boleh rebut kuasa ikut jalur yang sah.
“Ketua parti baik Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), GPS, GPRS, parti besar bagi komitmen yang sangat jelas.
“Pengukuhan menerusi perhimpunan semalam jelas bahawa sekurang-kurangnya untuk bertahun akan datang ini, tidak ada lagi layanan terhadap percubaan untuk sabotaj kerajaan yang ada,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
Sumber: Berita Harian

You must be logged in to post a comment Login