Antarabangsa
Selepas pelanggan boikot barangan LGBTQ, Target terima ancaman bom kelompok songsang
Kedai peruncit barangan am di Amerika Syarikat (AS), Target, di sekurang-kurangnya tiga negeri di AS menerima ancaman bom selepas pihak pengurusan menarik balik barangan LGBTQ susulan tindak balas boikot pelanggannya.

- Kedai peruncit barangan am di Amerika Syarikat (AS), Target, di sekurang-kurangnya tiga negeri di AS menerima ancaman bom selepas pihak pengurusan menarik balik barangan LGBTQ susulan tindak balas boikot pelanggannya.
- Antara mesej yang disertai dengan ancaman bom itu adalah mendakwa peruncit barangan am AS itu membelakangi komuniti LGBT.
- Bagaimanapun, tiada bahan letupan ditemui di lokasi disasarkan pelaku dan polis Ohio menyifatkan ancaman itu sebagai satu penipuan.
- Kontroversi boikot itu bermula apabila Target memperagakan barangan LGBTQ di raknya menjelang ‘Bulan Pride’ yang akan berlangsung pada Jun ini.
- Antara barangan diperkenalkan ialah pakaian renang “tuck friendly” yang merupakan pakaian renang wanita dengan lebihan ‘kantung’ dan ruang pesak membolehkannya dipakai lelaki dalam menyembunyikan bahagian sulit mereka, sweatshirt dan beg tertulis “cure transphobia, not trans people” dan “too queer for here.”
Kedai peruncit barangan am di Amerika Syarikat (AS), Target, di sekurang-kurangnya tiga negeri di AS menerima ancaman bom selepas pihak pengurusan menarik balik barangan LGBTQ susulan tindak balas boikot pelanggannya.
RT melaporkan antara mesej yang disertai dengan ancaman bom itu adalah mendakwa peruncit barangan am AS itu membelakangi komuniti LGBT.
“Target dipenuhi pengecut yang membelakangkan komuniti LGBT dan memutuskan melayan golongan homofobia pentaksub sayap kanan melampau yang memprotes dan merosakkan kedai mereka,” demikian mesej tanpa nama dihantar ke Cleveland 19 News pada Jumaat lalu.
“Kami tidak akan berdiam diri selagi mana golongan sayap kanan terus memburu kami,” kata mesej itu dengan penulisnya mendakwa menanam empat bahan letupan di kedai Target Ohio dan satu lagi di Pennsylvania.
Ancaman sama dibuat di empat kedai Target di Utah dan sekurang-kurangnya satu kedai di negeri itu telah dikosongkan, lapor KUTV.
Tiada bahan letupan ditemui di mana-mana lokasi itu dan polis di Ohio menyifatkan ancaman itu sebagai satu penipuan.
Pegawai polis di Ohio dan Utah dilaporkan sedang berusaha mengenal pasti identiti pelakunya.
Kontroversi boikot itu bermula apabila Target memperagakan barangan LGBTQ di raknya menjelang ‘Bulan Pride’ yang akan berlangsung pada Jun ini.
Antara barangan diperkenalkan ialah pakaian renang “tuck friendly” yang merupakan pakaian renang wanita dengan lebihan ‘kantung’ dan ruang pesak membolehkannya dipakai lelaki dalam menyembunyikan bahagian sulit mereka, sweatshirt dan beg tertulis “cure transphobia, not trans people” dan “too queer for here.”
Pakaian renang “tuck friendly” itu dikecam golongan konservatif, manakala pereka baju dan beg berpangkalan di London itu pula dituduh seorang Satanis (penyembah setan).
Ekoran bantahan pelanggannya, Target pada minggu lalu mengumumkan menarik balik beberapa koleksi LGBTnya serta memindahkannya ke bahagian belakang kedai-kedai tertentu di daerah selatan AS.
Cubaan Target untuk menenangkan kemarahan pelanggannya kini mencetuskan kemarahan komuniti songsang LGBT di Amerika Syarikat.
Sumber: RT
