Connect with us

Terkini

RM50 juta untuk selenggara institusi pendidikan MARA

Kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk projek naik taraf dan baik pulih Institut Pendidikan MARA (IPMA) tahun ini, dengan separuh daripadanya untuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

RM50 juta untuk selenggara institusi pendidikan MARA
Foto: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Majlis Ramah Mesra di MRSM Kota Kinabalu hari ini.
  • Kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk projek naik taraf dan baik pulih Institut Pendidikan MARA (IPMA) tahun ini, dengan separuh daripadanya untuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata selain RM25 juta untuk MRSM, RM17 juta lagi diperuntukkan kepada Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan baki RM8 juta lagi kepada Kolej MARA (KM) dan Kolej Profesional MARA (KPM).
  • Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, untuk Sabah sahaja RM2.347 juta diperuntukkan khusus buat IPMA di negeri ini.
  • “Peruntukan untuk Sabah itu termasuklah RM250,000 yang disediakan untuk MRSM Kota Kinabalu.”
  • “Peruntukan itu adalah untuk membaik pulih perpaipan air bersih, naik taraf sistem pencegahan kebakaran dan penggantian perabot,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra selepas sesi lawatannya di MRSM Kota Kinabalu, di sini hari ini.

PAPAR: Kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk projek naik taraf dan baik pulih Institut Pendidikan MARA (IPMA) tahun ini, dengan separuh daripadanya untuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata selain RM25 juta untuk MRSM, RM17 juta lagi diperuntukkan kepada Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan baki RM8 juta lagi kepada Kolej MARA (KM) dan Kolej Profesional MARA (KPM).

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, untuk Sabah sahaja RM2.347 juta diperuntukkan khusus buat IPMA di negeri ini.

“Peruntukan untuk Sabah itu termasuklah RM250,000 yang disediakan untuk MRSM Kota Kinabalu.

“Peruntukan itu adalah untuk membaik pulih perpaipan air bersih, naik taraf sistem pencegahan kebakaran dan penggantian perabot,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra selepas sesi lawatannya di MRSM Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menzahirkan rasa bangga kerana MARA dan MRSM mempunyai standard pendidikan yang baik.

“Imej berprestij ini haruslah dipertahankan sebaiknya, termasuk dari segi infrastruktur dan pengisiannya,” katanya.

Dalam ucapannya juga, Ahmad Zahid mengumumkan MRSM Kota Kinabalu kini dikenali sebagai MRSM Tan Sri Musa Aman.

Sumber: Berita Harian

Author