Connect with us

Antarabangsa

Ribuan rakyat Palestin berarak memperingati kematian para syuhada

Beribu-ribu rakyat Palestin berhimpun di Semenanjung Gaza sebagai penghormatan terakhir atas kematian para syuhada akibat kempen keganasan rejim penjajah Israel baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ribuan rakyat Palestin berarak memperingati kematian para syuhada
Foto: Rakyat Palestin berhimpun di Semenanjung Gaza sebagai penghormatan terakhir atas kematian para syuhada akibat kempen keganasan rejim penjajah Israel baru-baru ini.
  • Beribu-ribu rakyat Palestin berhimpun di Semenanjung Gaza sebagai penghormatan terakhir atas kematian para syuhada akibat kempen keganasan rejim penjajah Israel baru-baru ini.
  • Demonstrasi itu diadakan di Bandar Gaza pada hari Jumaat susulan kematian lebih 30 penduduk Palestin – termasuk pejuang Jihad Islam – dalam serangan udara berterusan  yang menyasarkan wilayah Palestin awal bulan ini.
  • Rejim Tel Aviv melancarkan kempen pengeboman maut pada 9 Mei, mendorong Jihad Islam, kumpulan pejuang yang berpangkalan di Gaza, menembak lebih 1,000 roket ke arah wilayah yang diduduki.
  • Konflik itu menandakan episod terburuk pertempuran antara kumpulan pejuang Gaza dan rejim Israel sejak perang 10 hari yang dilancarkan Tel Aviv di wilayah yang disekat pada 2021.

GAZA – Beribu-ribu rakyat Palestin berhimpun di Semenanjung Gaza sebagai penghormatan terakhir atas kematian para syuhada akibat kempen keganasan rejim penjajah Israel baru-baru ini.

Demonstrasi itu diadakan di Bandar Gaza pada hari Jumaat susulan kematian lebih 30 penduduk Palestin – termasuk pejuang Jihad Islam – dalam serangan udara berterusan  yang menyasarkan wilayah Palestin awal bulan ini.

Rejim Tel Aviv melancarkan kempen pengeboman maut pada 9 Mei, mendorong Jihad Islam, kumpulan pejuang yang berpangkalan di Gaza, menembak lebih 1,000 roket ke arah wilayah yang diduduki.

Konflik itu menandakan episod terburuk pertempuran antara kumpulan pejuang Gaza dan rejim Israel sejak perang 10 hari yang dilancarkan Tel Aviv di wilayah yang disekat pada 2021.

Selepas lima hari bertempur, kedua-dua pihak bersetuju dengan gencatan senjata yang dibantu oleh Mesir – berkuat kuasa pada malam Sabtu.

Kumpulan pejuang Palestin berkata, mereka telah berjaya menghadapi serangan rejim Israel ketika pencerobohan terbaru di Semenanjung Gaza.

Pemimpin Jihad Islam, Khaled al-Batsh berkata, himpunan besar-besaran ini untuk memperingati para syuhada dan para pemimpin yang terbunuh.

Antaranya, Khalil Al-Bahtini, Jihad Ghannam, Tareq Ezzedine, Khadder Adnan, Ali Ghali, Ahmed Abu Dakka, Eyad Al Hasani, dan untuk semua syuhada umat kita. 

Serangan udara Israel di selatan Semenanjung Gaza juga membunuh Ahmed Abu Daqqa, seorang lagi komander kanan gerakan pejuang Jihad Islam Palestin.

“Kami ingin beritahu seluruh dunia, serangan udara F-16 dan roket 139 Amerika telah dilepaskan ke arah kami.

“Ingat, negara ini masih hidup dan akan bertindak balas. Kami akan buktikan hak kami untuk dapat kebebasan.

“Dari darah syuhada, kami dapat kuasa untuk menghadapi Zionis. Kami akan terus menentang,” katanya. 

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *