Connect with us

Antarabangsa

Restoran mewah di Mesir halau wanita berhijab

Sebuah restoran di Kaherah, Mesir, dikritik hebat akibat menghalau wanita berhijab yang ingin makan di sana.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Restoran mewah di Mesir halau wanita berhijab
Foto: Tangkap layar dari hantaran video Tiktok dua daripada wanita dihalau yang menceritakan pengalaman buruk mereka.

Sebuah restoran di Kaherah, Mesir, dikritik hebat akibat menghalau wanita berhijab yang ingin makan di sana.

Memetik video Middle East Eye, pihak restoran itu mendakwa pemakaian hijab adalah melanggar etika pemakaian mereka.

Berang dengan insiden itu,  dua daripada wanita dihalau itu menceritakan pengalaman buruk mereka menerusi satu hantaran video di Tiktok.

Mereka dalam sekumpulan 15 orang hadir ke sebuah restoran mewah, ESCA di ibu negara Mesir itu untuk makan malam meraikan hari jadi.

Bagaimanapun mereka tidak dibenarkan untuk masuk ke restoran itu hanya disebabkan ada di antara mereka yang bertudung/berhijab.

“Masalahnya mereka benar-benar menghalau kami keluar. Tidak boleh (duduk) di dalam mahupun di luar, keluar,” kata salah seorang wanita di dalam video itu.

Mereka turut mendakwa pihak restoran tidak memaklumkan lebih awal mengenai larangan memakai tudung di premis itu .

Lebih memburukkan keadaan, kakitangan restoran itu juga mengugut mereka untuk memanggil pengawal keselamatan.

“Ini sangat tidak profesional, tiada rasa hormat,” kata seorang lagi wanita dalam video itu.

“Anda sepatutnya menjadi tempat yang mewah…Anda telah membuktikan yang anda sebenarnya sampah,” katanya.

Ramai wanita di Mesir tidak dibenarkan masuk ke premis seperti restoran, pusat peranginan dan sebagainya hanya kerana peraturan melarang pemakaian hijab di premis berkenaan.

Sumber: Instagram Middle East Eye

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *