Connect with us

Terkini

Replika al-Quran gergasi di Yala tarik perhatian pengunjung

Replika al-Quran ‘gergasi’ bertulisan ayat Al-Israa yang terletak di Kampung Pak Pungoh, di sini, terus menjadi tumpuan orang ramai sejak ia tular di laman sosial pada Ramadan baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Replika al-Quran gergasi di Yala tarik perhatian pengunjung
Foto: Imam Kmalung Pak Pungoh, Yala, Mat Rokey Wan Kechik dan Penghulu Kampung Pak Pungoh, Tolib Mustofa menunjukkan replika al Quran yang kini viral di Kampung Pak Pungoh dekat Yala, Thailand.
  • Replika al-Quran ‘gergasi’ bertulisan ayat Al-Israa terletak di Kampung Pak Pungoh, menjadi tumpuan orang ramai sejak ia tular di laman sosial pada Ramadan baru-baru ini.
  • Pencetus idea pembinaannya, Imam Mat Rokey Wan Kechik, berkata dia sendiri tidak menyangka replika setinggi 3.6 meter dan lebar 5.2 meter itu, menjadi terkenal dan tidak putus-putus menerima kunjungan pelawat.
  • Sehingga kini lebih 100,000 orang telah berkunjung ke kampung itu dan melahirkan kekaguman mereka selepas melihat serta mengambil kesempatan bergambar di hadapan replika berkenaan.
  • Kos bagi membina replika itu hanya kira-kira 6,000 baht (RM789) dan mengambil masa 22 hari untuk disiapkan, manakala lapan hari lagi bagi menghasilkan tulisan khat ayat al-Quran itu.

YALA (Thailand) — Replika al-Quran ‘gergasi’ bertulisan ayat Al-Israa yang terletak di Kampung Pak Pungoh, di sini, terus menjadi tumpuan orang ramai sejak ia tular di laman sosial pada Ramadan baru-baru ini.

Pencetus idea pembinaannya, Imam Mat Rokey Wan Kechik, 57, berkata dia sendiri tidak menyangka replika setinggi 3.6 meter dan lebar 5.2 meter itu, menjadi terkenal dan tidak putus-putus menerima kunjungan pelawat.

Beliau berkata sehingga kini lebih 100,000 orang telah berkunjung ke kampung itu dan melahirkan kekaguman mereka selepas melihat serta mengambil kesempatan bergambar di hadapan replika berkenaan.

“Ada pengunjung yang datang dari Arab Saudi, Singapura, Brunei, Indonesia dan tidak terkecuali dari Malaysia.

“Ada pengunjung yang datang dari Arab Saudi, Singapura, Brunei, Indonesia dan tidak terkecuali dari Malaysia.

“Setiap hari dianggarkan 10,000 pengunjung dari dalam dan luar negara datang ke sini, ia masih berterusan hingga kini,” katanya ketika ditemui pemberita di kampung itu semalam.

Mat Rokey berkata kos bagi membina replika itu hanya kira-kira 6,000 baht (RM789) dan mengambil masa 22 hari untuk disiapkan, manakala lapan hari lagi bagi menghasilkan tulisan khat ayat al-Quran itu.

Katanya kerja-kerja pembinaannya dilakukan oleh 30 pemuda kampung secara bergotong-royong iaitu pada sebelah malam selepas solat terawih.

“Sebelum ini semua kampung di kawasan ini membuat pintu gerbang sebagai tradisi menyambut Hari Raya Aidilfitri, tetapi saya inginkan kelainan dan memberi idea untuk membina replika al Quran yang dibuat menggunakan batu, simen serta papan lapis.

“Alhamdulillah, idea ini diterima penduduk dan tidak disangka ia tular di seluruh dunia,” katanya yang turut bersyukur kerana tempias pembinaan replika itu turut dirasai penduduk setempat.

Menurutnya bagi melengkapkan lagi kehadiran replika al-Quran itu, penduduk turut membina replika Gua Hira’ dan Bukit Uhud sebagai mengenang pengorbanan Nabi mengembangkan Islam. Muhamad SAW dalam

Sementara itu, Penghulu Kampung Pak Pungoh, Tolib Mustofa, 59, berkata kedatangan pengunjung ke kampung itu membawa rezeki kepada penduduk yang mengambil kesempatan berniaga makanan dan minuman.

Katanya setiap hari ada sahaja pengunjung yang datang terutama dari Malaysia yang ingin merakamkan gambar kenangan.

Sumber: Bernama

Author