Antarabangsa
Rakyat Syria tinggal bayi di masjid, bawah pokok
Pihak berkuasa Syria berkata semakin ramai bayi ditinggalkan di luar masjid, hospital dan bawah pokok zaitun akibat konflik berterusan yang melanda negara itu sejak perang tercetus 12 tahun lalu menyebabkan ramai menjadi miskin lagi terdesak.
- Pihak berkuasa Syria berkata semakin ramai bayi ditinggalkan di luar masjid, hospital dan bawah pokok zaitun akibat konflik berterusan yang melanda negara itu sejak perang tercetus 12 tahun lalu menyebabkan ramai menjadi miskin lagi terdesak.
- Kumpulan ‘Syrians for Truth and Justice’, sebuah pertubuhan yang merekodkan pencabulan hak asasi manusia di negara itu menyatakan, hanya beberapa kes pembuangan kanak-kanak dilapor secara rasmi sebelum perang meletus pada 2011.
- Namun, menurut laporan pertubuhan yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat (AS) itu pada Mac, antara awal 2021 dan akhir tahun lalu, lebih 100 kanak-kanak, 62 daripadanya perempuan, ditemui terbiar di seluruh negara, sambil menganggarkan angka sebenar mungkin lebih tinggi.
- “Jumlahnya meningkat secara mendadak sejak permulaan konflik, ditambah pula kesan sosial dan ekonomi selepas perang, yang menjejaskan lagi kawasan baik yang dikawal kerajaan mahupun pemberontak,” kata kumpulan itu.
- Presiden Syria, Bashar al-Assad, tahun ini mengeluarkan warta untuk mewujudkan kemudahan khusus bagi kanak-kanak berkenaan, yang akan didaftarkan secara automatik sebagai warga Arab atau Syria beragama Islam dengan tempat kelahiran merujuk lokasi mereka ditemui.
HAZANO: Pihak berkuasa Syria berkata semakin ramai bayi ditinggalkan di luar masjid, hospital dan bawah pokok zaitun akibat konflik berterusan yang melanda negara itu sejak perang tercetus 12 tahun lalu menyebabkan ramai menjadi miskin lagi terdesak.
Kumpulan ‘Syrians for Truth and Justice’, sebuah pertubuhan yang merekodkan pencabulan hak asasi manusia di negara itu menyatakan, hanya beberapa kes pembuangan kanak-kanak dilapor secara rasmi sebelum perang meletus pada 2011.
Namun, menurut laporan pertubuhan yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat (AS) itu pada Mac, antara awal 2021 dan akhir tahun lalu, lebih 100 kanak-kanak, 62 daripadanya perempuan, ditemui terbiar di seluruh negara, sambil menganggarkan angka sebenar mungkin lebih tinggi.
“Jumlahnya meningkat secara mendadak sejak permulaan konflik, ditambah pula kesan sosial dan ekonomi selepas perang, yang menjejaskan lagi kawasan baik yang dikawal kerajaan mahupun pemberontak,” kata kumpulan itu.
Peningkatan itu didorong faktor lain termasuk kemiskinan, ketidakstabilan, keamanan yang terjejas dan perkahwinan kanak-kanak, selain penderaan seksual dan kehamilan luar nikah.
Perang Syria sudah membunuh lebih 500,000 orang, jutaan yang lain pula kehilangan tempat tinggal, sementara infrastruktur di negara itu turut rosak teruk.
Pegawai Jabatan Kesihatan, Zaher Hajjo, berkata seramai 53 bayi yang baru lahir dan terbiar ini sudah didaftarkan di kawasan yang dikawal kerajaan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun lalu, termasuk 28 bayi lelaki dan 25 lagi perempuan.
Presiden Syria, Bashar al-Assad, tahun ini mengeluarkan warta untuk mewujudkan kemudahan khusus bagi kanak-kanak berkenaan, yang akan didaftarkan secara automatik sebagai warga Arab atau Syria beragama Islam dengan tempat kelahiran merujuk lokasi mereka ditemui.
Lebih empat juta orang tinggal di kawasan yang dikawal oleh pejuang jihad dan kumpulan yang disokong Turkiye di utara dan barat laut Syria, di mana 90 peratus daripadanya bergantung kepada bantuan untuk terus hidup.
Sumber: Berita Harian