Connect with us

Antarabangsa

Pilihan raya Turkiye: Erdogan mendominasi wilayah terjejas gempa bumi

Parti politik AKP pimpinan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan muncul di tempat teratas dalam pilihan raya Ahad lalu di 10 daripada 11 wilayah dilanda gempa bumi Februari tahun ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Fariesha Amirnudin

Published

on

Pilihan raya Turkiye: Erdogan mendominasi wilayah terjejas gempa bumi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti politik AKP pimpinan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan muncul di tempat teratas dalam pilihan raya Ahad lalu di 10 daripada 11 wilayah dilanda gempa bumi Februari tahun ini.
  • Menurut laporan The Jerusalem Post, penganalisis berkata Erdogan berikrar untuk membina semula bandar yang musnah dan meyakinkan pengundi di kawasan yang kebanyakannya adalah kubu kuat AKP.
  • Erdogan, 69, mendahului dengan selesa dalam undian presiden menjelang undian penentu dengan pesaing utamanya pada 28 Mei.

Parti politik AKP pimpinan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan muncul di tempat teratas dalam pilihan raya Ahad lalu di 10 daripada 11 wilayah dilanda gempa bumi Februari tahun ini.

Menurut laporan The Jerusalem Post, penganalisis berkata Erdogan berikrar untuk membina semula bandar yang musnah dan meyakinkan pengundi di kawasan yang kebanyakannya adalah kubu kuat AKP.

Parti pemerintah di Turkiye itu menunjukkan penentangan kepada jangkaan awal pada Februari bahawa gempa bumi berlaku akan menjejaskan sokongannya.

Perkara itu juga didorong keraguan tentang keupayaan pembangkang untuk memenuhi jangkaan pengundi.

AKP yang berakar umbi Islam memenangi majoriti Parlimen baharu dengan rakan pakatannya di seluruh negara.

Manakala Erdogan, 69, mendahului dengan selesa dalam undian presiden menjelang undian penentu dengan pesaing utamanya pada 28 Mei ini.

Gempa bumi kuat pada 6 Februari lalu membunuh lebih 50,000 orang dan menyebabkan berjuta-juta kehilangan tempat tinggal di Turkiye.

Ia juga menyebabkan kemusnahan di seluruh 11 wilayah dari Adana yang berhampiran pantai Mediterranean ke wilayah Diyarbakir, kawasan majoriti Kurdish di tenggara Turkiye.

Walaupun terdapat jumlah kematian dan kecederaan besar dan penghijrahan beramai-ramai selepas itu, peratusan keluar mengundi di rantau itu masih sangat tinggi.

Peratusan menunjukkan antara 85-89 peratus penduduk keluar mengundi di kebanyakan 11 wilayah dan melebihi kadar 80 peratus di wilayah lain. 

Purata peratusan di seluruh negara adalah 88.9 peratus.

Peratusan itu menunjukkan ramai rakyat Turkiye yang melarikan diri dari wilayah terbabit kembali mengundi.

Dalam pada itu, pengundi Kurdish di wilayah terbabit dilihat tampil menyokong saingan utama Erdogan iaitu Kemal Kilicdaroglu.

Namun Erdogan masih mendahului dalam pengundian presiden di lapan wilayah yang terjejas gempa.

Sumber: The Jerusalem Post

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *