Antarabangsa
(VIDEO) Pertahankan kubah masjid dari diroboh, penunjuk perasaan ‘bertempur’ dengan polis
Penunjuk perasaan di wilayah Yunnan, China bertempur dengan polis pada hujung minggu lalu dalam usaha menghentikan perobohan bumbung kubah reka bentuk Arab di atas salah satu masjid tertua di kawasan itu.
- Penunjuk perasaan di wilayah Yunnan, China bertempur dengan polis pada hujung minggu lalu dalam usaha menghentikan perobohan bumbung kubah reka bentuk Arab di atas salah satu masjid tertua di kawasan itu.
- Masjid Najiaying itu dikatakan menyimpan sejarah selama 600 tahun.
- Perobohan kubah masjid itu adalah langkah sejajar dengan inisiatif kerajaan China untuk ‘mengecilkan’ tempat ibadat.
- Kawasan Yunnan adalah rumah kepada majoriti Muslim Hui yang sebahagian besarnya cuba memasukkan dan menerima pakai tradisi Cina ke dalam amalan mereka dengan harapan untuk menjauhkan diri daripada tekanan pihak kerajaan.
- Namun penghakiman mahkamah 2020 yang memerintah perobohan sebahagian Masjid Najiaying mendapat tentangan ramai yang membawa kepada insiden bantahan terbaru, menyaksikan 30 individu ditahan.
Penunjuk perasaan di wilayah Yunnan, China bertempur dengan polis pada hujung minggu lalu dalam usaha menghentikan perobohan bumbung kubah reka bentuk Arab di atas salah satu masjid tertua di kawasan itu.
Menurut laporan The Messenger, perobohan itu adalah satu langkah yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk ‘mengecilkan’ tempat ibadat.
Dalam pada itu, pegawai China lengkap bersenjata dilaporkan menghalang pintu masuk Masjid Najiaying di Daerah Tonghai dan menggunakan peralatan rusuhan untuk menghalang penunjuk perasaan yang bertindak balas dengan membaling batu ke arah pengawal, lapor Radio Free Asia.
View this post on Instagram
Sekurang-kurangnya 30 individu ditangkap ketika polis menggunakan kenderaan isyarat tanpa wayar untuk menyekat isyarat telefon bimbit penunjuk perasaan.
Pegawai Daerah Tonghai mengeluarkan perintah hujung minggu lalu mengatakan pihak terlibat yang menyerahkan diri secara sukarela boleh dikenakan hukuman lebih ringan di bawah undang-undang.
Parti Komunis China yang memerintah mengalihkan kubah dan menara dari beribu-ribu masjid di seluruh negara untuk ‘mengecilkan’ kawasan suci dan mendorong budaya Cina lebih seragam di bawah arahan pemimpin Xi Jinping.
Kawasan Yunnan adalah rumah kepada majoriti Muslim Hui yang sebahagian besarnya cuba memasukkan dan menerima pakai tradisi Cina ke dalam amalan mereka dengan harapan untuk menjauhkan diri daripada tekanan pihak kerajaan.
Bagaimanapun, penghakiman mahkamah 2020 yang memerintahkan merobohkan sebahagian Masjid Najiaying mendapat bantahan dan tentangan orang ramai yang membawa kepada insiden bantahan terbaru.
Masjid Najiaying dikatakan menyimpan sejarah selama 600 tahun.
Bangunan masjid yang boleh dilihat sekarang ini siap dibina pada 2004 dan mampu memuatkan kira-kira 3,000 jemaah di dalamnya.
Sumber: The Messenger