Connect with us

Antarabangsa

Penjawat awam di Lubnan mula mogok tuntut gaji lebih baik

Penjawat awam di Lubnan memulakan mogok selama dua minggu pada Selasa menuntut gaji yang lebih baik dan elaun pengangkutan, lapor Xinhua memetik laporan akhbar tempatan L’Orient Today.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penjawat awam di Lubnan mula mogok tuntut gaji lebih baik
Foto: Penjawat awam di Lubnan memulakan mogok selama dua minggu pada Selasa.
  • Penjawat awam di Lubnan memulakan mogok selama dua minggu pada Selasa menuntut gaji yang lebih baik dan elaun pengangkutan, lapor Xinhua memetik laporan akhbar tempatan L’Orient Today.
  • Kira-kira 90 peratus pekerja menyertai mogok di bandar utara Tripoli selain sebahagian besar pekerja di seluruh negara, kata ahli Liga Pekerja Pentadbiran Awam Ibrahim Nahal.
  • Tuntutan utama mereka termasuk kenaikan elaun pengangkutan, perlindungan penjagaan kesihatan yang lebih baik serta gaji yang lebih tinggi.

Beirut: Penjawat awam di Lubnan memulakan mogok selama dua minggu pada Selasa menuntut gaji yang lebih baik dan elaun pengangkutan, lapor Xinhua memetik laporan akhbar tempatan L’Orient Today.

Kira-kira 90 peratus pekerja menyertai mogok di bandar utara Tripoli selain sebahagian besar pekerja di seluruh negara, kata ahli Liga Pekerja Pentadbiran Awam Ibrahim Nahal.

Tuntutan utama mereka termasuk kenaikan elaun pengangkutan, perlindungan penjagaan kesihatan yang lebih baik serta gaji yang lebih tinggi.

Penjawat awam yang menerima gaji secara eksklusif dalam pound Lubnan, kini mengalami kemerosotan nilai gaji mereka berikutan krisis ekonomi teruk yang berterusan selama lebih tiga tahun, serentak dengan kejatuhan ketara nilai mata wang tempatan.

Liga itu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri sementara Najib Mikati beberapa minggu lalu untuk membincangkan isu itu tetapi tiada penyelesaian dicapai.

Lubnan kini dilanda hiperinflasi akibat krisis ekonomi yang berterusan sejak akhir 2019.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *