Connect with us

Terkini

Pengharaman buku ‘Gay is Okay’ patuhi peruntukan undang-undang

Pengharaman buku bertajuk ‘Gay is Okay! A Christian Perspective’ yang dibuat tiga tahun lalu adalah sejajar dengan undang-undang, dibuat secara rasional dan mengikut prosedur.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pengharaman buku ‘Gay is Okay’ patuhi peruntukan undang-undang
Foto: Gambar sekadar hiasan
  • Pengharaman buku bertajuk ‘Gay is Okay! A Christian Perspective’ yang dibuat tiga tahun lalu adalah sejajar dengan undang-undang, dibuat secara rasional dan mengikut prosedur.
  • Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia selaku perayu menyatakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah terkhilaf apabila membenarkan semakan kehakiman oleh penulis buku tersebut, Ngeo Boon Lin dan penerbit buku berkenaan, Chong Ton Sin.
  • “Pengiktirafan undang-undang melalui undang-undang yang digubal antara lain berkaitan persetubuhan bertentangan dengan aturan fitrah dalam Kanun Keseksaan,” kata Ahmad Hanir.
  • Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk M. Gunalan dan Datuk Wong Kian Kheong selepas mendengar hujah menetapkan 25 Mei ini untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh keputusan.

PUTRAJAYA: Pengharaman buku bertajuk ‘Gay is Okay! A Christian Perspective’ yang dibuat tiga tahun lalu adalah sejajar dengan undang-undang, dibuat secara rasional dan mengikut prosedur.

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia selaku perayu menyatakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah terkhilaf apabila membenarkan semakan kehakiman oleh penulis buku tersebut, Ngeo Boon Lin dan penerbit buku berkenaan, Chong Ton Sin.

“Alasan pengharaman telah dinyatakan dengan jelas iaitu buku tersebut berkemungkinan akan memprejudiskan ketenteraman awam, memprejudiskan nilai-nilai moral dan kepentingan awam,” katanya kepada Utusan.

Selain itu, Ahmad Hanir menyatakan, pengharaman itu dibuat selepas penelitian terhadap isi kandungan buku itu dibuat oleh pihak berkuasa.

Tambahnya, hakikatnya homoseksualiti dianggap tidak bermoral dan tidak diterima oleh masyarakat umum di negara ini.

“Maklum balas masyarakat setiap kali isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) timbul, mereka akan membantah dan menggesa kerajaan mengambil tindakan, malah bantahan dibuat sehingga mengadakan perhimpunan secara besar-besaran.

“Cara hidup homoseksual adalah dilarang oleh semua agama termasuk Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. Hakikat ini dicerminkan oleh penolakan terhadap homoseksualiti oleh masyarakat umum yang juga masyarakat berbilang agama.

“Pengiktirafan undang-undang melalui undang-undang yang digubal antara lain berkaitan persetubuhan bertentangan dengan aturan fitrah dalam Kanun Keseksaan,” kata Ahmad Hanir.

Selain itu, berdasarkan Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 memberikan budi bicara penuh kepada KDN untuk menghalang sebarang penerbitan sama ada secara sepenuhnya atau tertakluk kepada syarat tertentu.

Beliau berkata demikian dalam rayuan oleh KDN dan kerajaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan pengharaman buku tersebut.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk M. Gunalan dan Datuk Wong Kian Kheong selepas mendengar hujah menetapkan 25 Mei ini untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh keputusan.

Pada 22 Februari 2022, Hakim Datuk Noorin Badaruddin pada tarikh tersebut memutuskan bahawa pengharaman tersebut adalah satu tindakan tidak masuk akal kerana buku tersebut telah berada dalam pasaran lebih dari lapan tahun.

Selain itu, hakim itu turut menyatakan Hakim Noorin dalam penghakimannya menyatakan mahkamah tidak mendapati tiada sebarang bukti atau asas yang menjustifikasikan tindakan Menteri Dalam Negeri untuk mengharamkan buku berkenaan.

Penghakiman itu dibuat dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh penulis buku tersebut, Ngeo Boon Lin dan penerbit buku berkenaan, Chong Ton Sin.

Ton Sin dan Boon Lin memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 17 Februari 2021 dengan menamakan Menteri Dalam Negeri serta Kerajaan Malaysia sebagai responden bagi membatalkan perintah larangan bertarikh 27 November 2020.

Pada 18 Disember 2020, Kementerian Dalam Negeri telah mewartakan perintah larangan terhadap dua penerbitan, antaranya adalah buku ‘Gay is OK! A Christian Perspective’ di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, berkuatkuasa 27 November 2020. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

Author