Connect with us

Antarabangsa

Penggodam Korea Utara curi AS$721 juta mata wang Kripto dari Jepun

Kumpulan penggodam yang bekerjasama dengan Korea Utara mencuri aset mata wang kripto bernilai AS$721 juta (RM3.2 bilion) dari Jepun sejak 2017, lapor akhbar harian perniagaan Nikkei hari ini, menurut kajian oleh penyedia analisis blockchain UK Elliptic.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penggodam Korea Utara curi AS$721 juta mata wang Kripto dari Jepun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan penggodam yang bekerjasama dengan Korea Utara mencuri aset mata wang kripto bernilai AS$721 juta (RM3.2 bilion) dari Jepun sejak 2017, lapor akhbar harian perniagaan Nikkei hari ini, menurut kajian oleh penyedia analisis blockchain UK Elliptic.
  • Jumlah itu bersamaan dengan 30 peratus daripada jumlah kerugian yang dialami di seluruh dunia, lapor Nikkei.
  • Laporan itu dibuat selepas mesyuarat G7 peringkat Menteri Kewangan dan gabenor bank pusat, dengan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menyokong langkah untuk mengatasi ancaman yang semakin meningkat daripada aktiviti haram seperti kecurian aset kripto dengan sokongan kerajaan tertentu.

TOKYO: Kumpulan penggodam yang bekerjasama dengan Korea Utara mencuri aset mata wang kripto bernilai AS$721 juta (RM3.2 bilion) dari Jepun sejak 2017, lapor akhbar harian perniagaan Nikkei hari ini, menurut kajian oleh penyedia analisis blockchain UK Elliptic.

Jumlah itu bersamaan dengan 30 peratus daripada jumlah kerugian yang dialami di seluruh dunia, lapor Nikkei.

Laporan itu dibuat selepas mesyuarat G7 peringkat Menteri Kewangan dan gabenor bank pusat, dengan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menyokong langkah untuk mengatasi ancaman yang semakin meningkat daripada aktiviti haram seperti kecurian aset kripto dengan sokongan kerajaan tertentu.

Menurut Elliptic, yang menjalankan analisis bagi akhbar Jepun, Korea Utara mencuri sejumlah AS$2.3 bilion (RM10.3 bilion) dalam mata wang kripto daripada perniagaan antara 2017 dan 2022.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *