Terkini
Penetapan gaji minimum RM2,000 langkah lebih baik bantu rakyat
Cadangan kerajaan untuk menaikkan kadar caruman majikan kepada 20 peratus dilihat tidak memberi manfaat dan hanya membebankan majikan terutama dalam iklim ekonomi semasa.
- Cadangan kerajaan untuk menaikkan kadar caruman majikan kepada 20 peratus dilihat tidak memberi manfaat dan hanya membebankan majikan terutama dalam iklim ekonomi semasa.
- Kenaikan kadar gaji minimum ketika ini kepada sekurang-kurangnya RM2,000 dianggap langkah yang lebih baik bagi membantu rakyat susah ketika ini. – Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIRM) Azmi Mohd Tahir .
- “Saya ingin mengulas berkenaan cadangan menaikkan caruman majikan dari 13 kepada 20 peratus supaya tidak perlu dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan kerana ia akan memberi tekanan kepada majikan.
- “Daripada menumpukan kenaikan potongan caruman majikan adalah lebih baik menaikkan gaji minimum dan sudah pasti caruman majikan akan meningkat,” katanya dalam kenyataan semalam.
Kuala Lumpur: Cadangan kerajaan untuk menaikkan kadar caruman majikan kepada 20 peratus dilihat tidak memberi manfaat dan hanya membebankan majikan terutama dalam iklim ekonomi semasa.
Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIRM) Azmi Mohd Tahir berkata, kenaikan kadar gaji minimum ketika ini kepada sekurang-kurangnya RM2,000 dianggap langkah yang lebih baik bagi membantu rakyat susah ketika ini.
“Saya ingin mengulas berkenaan cadangan menaikkan caruman majikan dari 13 kepada 20 peratus supaya tidak perlu dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan kerana ia akan memberi tekanan kepada majikan.
“Daripada menumpukan kenaikan potongan caruman majikan adalah lebih baik menaikkan gaji minimum dan sudah pasti caruman majikan akan meningkat,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurutnya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memikirkan kesan terhadap rakyat susah dan impak jangka masa panjang dalam setiap dasar yang dilaksanakan.
Pada masa sama, Azmi menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.
“Kehidupan rakyat semakin tertekan dan terdesak ditambah dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
“Permudahkanlah urusan rakyat dan bantu mereka yang tercicir ini,” katanya.
Terdahulu media melaporkan, kerajaan akan membincangkan cadangan supaya kadar caruman KWSP dinaikkan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus ketika ini.
Perdana Menteri memaklumkan, cadangan berkenaan sudah dikemukakan, tetapi belum dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.
Susulan itu, Presiden Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman dilapor berkata, cadangan itu akan membabitkan nilai kos tambahan yang besar kepada majikan terutama Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
Menurutnya, ada lebih 90 peratus perniagaan di negara ini membabitkan industri berkenaan yang terjejas ketika pandemik Covid-19 lalu.
Katanya, sehingga kini kebanyakannya masih bertahan dengan pendapatan bulanan tanpa simpanan selepas pandemik malah ada juga industri yang terpaksa ditutup sebelum ini.
Sumber: Harian Metro